MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Friday 31 October 2014

Banjir Oh Banjir!

Musim hujan...

Petang je mesti hujan..bukan sikit-sikit punya hujan...lebbbatt!! Kadang-kadang sampai tak nampak jalan..

Kalau kat ofis tu, bila masuk  jam 4 ptg je, tiba-tiba hujan lebat, memang dah susah hati..
Silap2 kawasan keliling ofis ni banjir, memang kena tunggu la air surut. Kalau tak, redah je banjir, risiko kereta tersangkut memang jadi mimpi ngeri la..haish!

Semalam, hujan lebat punya hal, air naik kat kawasan rumah. Tak tinggi pun, setakat buku lali je. Tapi saja nak cerita jugak..


Insan happy dapat main air



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Gunung Rapat, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Ray

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call / SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
FB Page: Lil'Bunny Services
SID: 911 778- Farah Hani
**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Bagaimana Nak Hasilkan Susu Yang Banyak?

Ramai je mak-mak yang rasa down bila tak dapat breastfeed anak. 
Lebih down bila ada kawan2 yang dapat fully bf baby dorang, siap tayang2 susu yang dah di pam. Lagi teruk bila di perli2 sebab bagi FM pada anak.

Bagi mak-mak yang sedang menyusukan anak, memang kadangkala pengeluaran susu merudum. Lebih2 lagi bila emosi terganggu. 

Bayangkan, dahla susu tak berapa nak ada, kawan2 pula bagi kata2 sinis yang buat kita rasa sedih dan kecil hati. Agak-agak terganggu tak emosi?

Letih dan lesu juga punca pengeluaran susu merudum. Tambahan bila mak-mak dah masuk kerja. Stress kerja lagi, kan?

Mindset juga penting dalam penyusuan susu ibu ni. Minda yang tenang dan positif memang amat membantu bukan sahaja dalam penghasilan susu ibu, malah dalam apa jua situasi sekalipun.


Antara cara untuk pengeluaran susu yang mewah dan berkhasiat:

1. Jaga emosi 
2. Ambil makanan yang berkhasiat
3. Banyak minum air

Bagaimana Supplement Shaklee Membantu Dalam Penghasilan Susu


Credit photo: buahhatikusayang.blogspot.com

Alfalfa 


- Mengandungi Pytoestrogen untuk membantu melawan kekurangan hormon Estrogen dalam badan.
- Merangsang pengeluaran susu dengan cepat 
- Membantu mengurangkan eczema kepada bayi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik (LSE) perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.



B Complex 

- Merangsang pertumbuhan otak dan emosi
- Vitamin B3 (Niasin) di dalam B Complex membantu mengurangkan stress, tekanan perasaan dan memberi ketenangan
-Memberi tenaga dan mengelakkan lesu


Multivitamin - Membantu menambah tenaga


Ostematrix 
- Memberi tenaga
- Membantu mencegah pereputan tulang dan gigi akibat kekurangan kalsium.
- Membantu proses pengeluaran susu dengan cepat.








ESP
- Mengandungi soy isoflavones yang membantu mengawal kestabilan hormon


Vitamin C
- Membantu sistem imunisasi tubuh agar ibu sentiasa sihat dan bertenaga.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang    
   penyakit.



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Gunung Rapat, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Ray

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call / SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
FB Page: Lil'Bunny Services
SID: 911 778- Farah Hani
**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Thursday 30 October 2014

Testimoni: Beza bila berpantang dengan Set Berpantang Shaklee


Haa....testimoni kali ni panjang sikit...

Takpe, saya ringkaskan.. kita ambil isi2 penting je ye.


Anak pertama: 
Penyusuan: BF- 28 hari campur FM. Berhenti sekejap BF  dan sambung semula selepas 6 bulan.
Tempoh BF: 9 bulan


Anak kedua:
Penyusuan: BF campur FM.
Tempoh BF: 6 bulan

Anak ketiga: 
Penyusuan: BF- 3 bulan  + susu tepung. Terpaksa lupakan hasrat BF sebab kena kursus selama 3 bulan dan tak mampu nak hasilkan susu.

Anak keempat:
Penyusuan:  BF campur FM
Tempoh BF: 6 bulan

Anak kelima:
Penyusuan: BF TANPA FM
Tempoh: 10 bulan (masa pengalaman ditulis)

Apa sebab jadi macam tu?

Anak pertama hingga ke empat: Berpantang TANPA Produk Shaklee

Anak kelima: Berpantang DENGAN SET B + ESP

Oh ye, sebelum berkahwin, beliau menghadapi masalah resdung  dan  kulit kering. Tapi lepas ambil produk Shaklee, kulit jadi cantik.

Berat badan pun menurun, bukan sikit tapi baanyak.

Jeles tak?

*BF- Breastfeed  FM- Formula Milk


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny





Testimoni: Luka cepat sembuh, badan segar dengan Set Berpantang Shaklee

Ada yang kata kalau bersalin secara pembedahan (Czer), susah nak jaga dan lambat sembuh. 

Jom baca kisah di bawah ni. 






"Selepas 12 hari berpantang dengan set Shaklee, luka pembedahan cepat kering, cepat sembuh. Badan pun lebih segar dan tak letih, berbanding dengan anak yang no 1 & 2 dulu. Susu pun sangat meriah"

Terbukti, kan?

*Saya juga bersalin secara pembedahan dan berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.  Memang terasa sihat dan segar je.

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Testimoni: Ostematrix yang membantu ketika berpantang

Pssttt...
Nak tau apa kehebatan Set Berpantang Shaklee tak? Lebih-lebih lagi yang ada Ostematrix.

Jom baca testimoni dari seorang pengguna set berpantang Shaklee ni.






Lepas berpantang 31 hari, luka bersalin dah sembuh, rahim pun cepat kecut berbanding baby pertama. Nak buang air besar pun tak ada rasa takut, semuanya berjalan dengan lancar :) Yerla, Ostematrix juga membantu untuk melawas.

Badan pun sihat dan cergas je. Selain set berpantang ni, beliau ambil Vitamin E juga. kulit & rambut pun jadi sihat.

Hebat kan?

Teringin nak berpantang dengan Shaklee tapi rasa harga mahal?

Boleh baca bagaimana nak dapatkan Set Berpantang secara ansuran di sini.

Set ini cukup untuk kegunaan untuk 4 bulan...haa..lepas berpantang pun boleh guna lagi.
Berbaloi sangat dengan harganya.



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Tuesday 28 October 2014

Merah itu menawan!

Dah seminggu tak update blog, takde kesempatan. Idea pun kurang.

5 hari cuti sempena Deepavali. LIMA hari kau! Punya lah lama, tapi sebab company dah baik hati suruh cuti..apa tunggu lagi, kan.

Aktiviti sepanjang bercuti ialah....keluar cari barang kahwin adik dengan masak, masak, baking dan masak.

Oh..kita beli oven baru, sebenarnya...haha.. tak canggih mana pun, tapi nak kepochi jugak..besar sikit dari yang lama..takde la ngantuk tray kek menunggu turn, kan. Hajat nak beli standing oven, tapi nanti dulu..sabar...sabar...!!


warna oven xde kena mengena dengan red velvet cake


Kepoh2 kat kengkawan pasal oven baru (kawan2 kita pun kaki baking jugak), dorang request pulak Red Velvet Cake..jadi hari Ahad, dok pulun buat RV dengan Mascarpone Cream Cheese topping ni... Sedap? Tengok je la cheese yang meleleh ni... 


Saja besarkan gambar ni...baru feel tgk cream cheese meleleh tu..

Sapa2 teringin nak rasa RVMCC ni..boleh la order yer.. nak selit2 order SHAKLEE pun boleh. Self-pickup area Ipoh sahaja :)

*RVMCC - Red Velvet Mascarpone Cream Cheese


SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Saturday 18 October 2014

Nasi lemak Seringgit dan Belanja Sekolah 50 sen!

Cerita semalam...

Tengah sedap menyuap nasi, tiba-tiba Kak Mai cakap,

'Dik, I ada jumpa nasi lemak singgit. Sedap tau'

'Wah..ada lagi nasi lemak singgit? Bestnya..dulu2 masa I sekolah nasi lemak 30 sen je...sekarang yang singgit ni kira RARE dah ni..'

'Masa I sekolah nasi lemak sposen tau!' kata kakak..

Haha..lagi rare...

Masa sekolah rendah dulu, belanja sekolah pun 50 sen jek..kalau sekolah petang, sebelum pergi sekolah singgah Pasar Mini Noor kat kawasan Tmn Jaya, beli roti bun kaya.. 25sen..

Itu tahun 80's-90's punya cerita.. sekarang roti bun pun 80 sen!

Sambung cerita nasi lemak...

Pagi ni sampai je ofis dapat message dari K. Mai





Rezeki...




Memang sedap, nasi & sambal pun banyak..memang berbaloi dengan harga singgit di zaman harga petrol kat Malaysia semakin naik.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Friday 17 October 2014

Kenapa Perempuan Je?

Perasan tak, bila baca blog2 pasal supplement, kecantikan, kurus kebanyakkannya tertumpu pada perempuan je?

Apa, lelaki tak perlu sihat?

Tak payah cantik...err..maksudnya  jaga penampilan la.. Lelaki cantik tu dah kira lain, dik!

Lelaki pun nak kurus gak, betoi dak?

Kesuburan? Takkan semua masalah dari perempuan.. ok, tang ni lelaki memang taknak mengaku punya..

Seksis kan penulis blog ni...ke sebab lelaki malas nak layan benda2 macam ni?

'Ah, aku tak pedulik la kulit aku kasar'

'Rambut gugur? aler..org bujang mmg makan megi selalu..sok aku dah kawin, bini aku masak, takde makan megi lagi dah. Masa tu rambut tumbuh la balik'

'Gemuk? Buncit? Yang gemuk dan buncit tu seksi pe' 




kenapa ye?
takpe...takpe..nanti kita tulis pasal lelaki pulak..


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


'Tak Naakk!!! Nanti Kawan Pukul!!'

Beberapa hari lepas, Lil'Bunny belek-belek buku bergambar, sambil mommy ajar apa yang ada dalam buku tu..


Bukan gambar sebenar di hari kejadian..

Saja-saje je cakap..

'Nia pandai dah ni, boleh gi sekolah. nanti Nia gi sekolah ye'

'Tak nak'

' Gi sekolah la..sekolah Timmy' (Timmy Time ye kawan2, yang tak familiar tu, sila tgk Disney Junior)!

'Tak nak..tak payah' muka dah cebik, sora dah lain..

'Sekolah ada kawan..ada abang, ada kakak'..kata mommy lagi..

'Taaakkk naakkk....tak naaakkk..kawan pukul!' dah start nangis...

'Kawan pukul? Kenapa kawan pukul?' aku tanya dia..

(mana de kawan pukul pun..ish..mandai je dia ni..duduk kat rumah dgn tok & opah je kot)

'haa..kawan pukul Nia...' sambil air mata berderai laju...sambil memanjat peluk mommy.

'Okla..ok..sekolah dengan tok dgn opah je la' *sigh*

BTW, takpela..mommy pun tak gi tadika gak dulu..tapi cemerlang, terbilang juga.. heh!



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Thursday 16 October 2014

Denggi Membawa Maut!

Kelmarin terima berita tentang kematian sorang bekas cikgu sekolah kami di TIKL. Meninggal dunia akibat denggi berdarah. Sedih je dengar, walaupun beliau tak mengajar saya.

Terus teringat nak buat entry pasal demam denggi, semoga dapat member manfaat kepada semua, cegah sebelum parah.

Buat cerita ringkas je la, senang faham, tak payah bebel pepanjang.

Denggi ni terjadi akibat gigitan nyamuk Aedes BETINA. Jangan tanya kenapa yang betina je, jantan macamana.  Itu bukan bidang saya..hehe..


Nindia rupa si Penghisap Darah..

Bila virus denggi ni dah masuk dalam darah, bacaan platlet darah akan menurun. Platlet darah adalah satu jenis sel mikro di dalam tubuh manusia.

Bagaimana jangkitan denggi ini boleh menurunkan bacaan platlet darah masih kurang jelas.

Bagi seorang yang sihat, bacaan kandungan platlet dalam darah adalah sekitar 150-450 bpL (billion per Liter).

Bacaan platlet darah akan mula menurun setelah hari ke-4 dijangkiti virus. Kebiasaannya pesakit yang mempunyai bacaad platlet kurang dari 100 bpl akan dimasukkan ke wad untuk dipantau.Keadaan semakin kritikal bila bacaan kurang daripada 10 bpL dan pendarahan yang ketara boleh membawa maut!

Ini bukan main-main punya kiraan ni.



Selalunya, bila ada yang dijangkiti denggi, orang akan kata, beri makan sup ketam, minum air daun betik dan pelbagai cara lagi. Tak dapat cari mana kajian yang mengatakan sup ketam sebagai penawar untuk menaikkan bacaan platlet. Cuma sekadar ‘hearsays’ atau cakap2 orang, tapi ramai yang mengaku bahawa ianya mujarab!

Tak salah mencuba dengan sup ketam atau air betik asalkan ianya tidak membawa mudarat, kan.

Ada yang mengatakan ketam mengandungi protein yang tinggi, yang dapat membantu membina platlet darah yang hilang. Wallahualam!

Bagaimana dengan Shaklee? Takde supplement ke untuk ditawarkan?


  
Ada..tapi kena ingat, supplement tu bukan ubat ye. Setakat ni memang takda jumpa ubat yang spesifik untuk denggi ni. Apa yang boleh dilakukan ialah mencegah dan mengawal.






Nutriferon


Nutriferon ni adalah ‘immune booster’ yang berperanan untuk menghasilkan antibodi semulajadi untuk melawan virus.

Nutriferon terhasil dari 4 ekstrak tumbuhan iaiu biji labu, bunga safflower, biji Plantago dan juga Japanes Honeysuckle.


Antara KEBAIKKAN NUTRIFERON

  • Mengukuhkan sistem immunity dalam masa 3 hari
  • Melindungu dari Influenza
  • Meringankan Stress & Kelesuan
  • Mengurangkan infection oleh pesakit Hepatitis B & C


PERFORMANCE DRINK



Mengandungi imbangan elektrolit untuk membantu mencegah dehidrasi, sama fungsinya seperti minuman isotonic

Membekalkan 3 jenis karbohidrat untuk member tenaga dan stamina dan memastikan bendalir di dalam badan tidak kekeringan.


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C

Satu tablet (500mg) mengandungi khasiat 7 ½ biji buah oren.

  • Vitamin C akan dilepaskan sedikit demi sedikit, bagi mengekalkan khasiatnya di dalam badan. Jadi, sepanjang hari kita akan dapat khasiat Vitamin C tu.
  • Ia meningkatkan sistem immune tubuh dengan membina sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bacteria dan kuman.






*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Takutlah nak ambil supplement, tengah menyusukan baby lagi ni.

Ada ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi merasa agak ragu-ragu untuk mengambil vitamin atau supplement ketika dalam tempoh berpantang dan menyusu. Khuatir dengan kesan vitamin ke atas bayi yang di susukan. 

Soalan saya senang je.

Makanan yang ibu-ibu ambil ada khasiat tak? Contohnya, ibu2 makan nasi lauk ikan dan sayur. Dalam ikan tu ada sumber protein kan? Dalam sayur tu ada khasiat tak? Ada kesan kat baby tak?

Sekiranya ibu-ibu semua mengamalkan diet yang seimbang, itu pun dah cukup. Supplemen hanya untuk melengkapkan mana2 vitamin atau mineral yang tak cukup dalam badan. Ingat tu.

Macam tu juga dengan vitamin dan supplemen, cuma ianya dihasilkan dalam bentuk yang mudah. Jadi, tak perlu la setiap kali makan nak kena kira berapa ekor ayam nak kena ambil sebab nak cukupkan protein atau nak kena makan 7.5 biji buah oren sebab nak dapatkan 500gm Vitamin C :)

Kalau ubat, ya, pasti ada kesan pada bayi. Tapi harus juga di ingat, BUKAN SEMUA jenis vitamin atau supplemen sesuai dimakan ketika menyusukan bayi ye! Yang tu hangpa kena check satu-satu la na.

Check dengan sapa? Dengan doktor hangpa la.. pis!

P/s: Lepas bersalin dulu doktor bagi Vitamin C dengan B Complex :) 

Sumber bacaan dari sini:
1. http://www.babymed.com/breastfeeding/herbs-supplements-and-breastfeeding
2. http://kellymom.com/nutrition/vitamins/mom-vitamins/

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Wednesday 15 October 2014

Construction Anak-Beranak..

Ayahanda saya memang seorang engineer yang hebat!!
Sapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri kan...hehe...

Dah lama dia cerita nak extend porch. Nak buat bumbung macm ni, nak buat lantai macam gitu, bla..bla..bla..

Construction drawing? Dalam kepala beliau je..beliau sorang je berapa banyak barang nak pakai, apa material, ukuran semua..huhu...

Construction in progress...










Inilah hasilnya lepas 4 bulan bekerja seorang diri (anak2 & menantu bantu on-off). My mom bantu pegang tangga, hulur genting nak pasang atap tu. Ini la namanya construction anak-beranak!





Minat mengatasi segalanya, dalam usia 65 tahun, gigih lagi bertukang. 
Walaupun kaki pernah patah 5, pernah dipasang besi selama lebih 2 tahun, jalan bertongkat, itu semua tak jadi hal. Semangat tuh..semangat yang penting!


And..

This is the man behind these scene..




** Abaikan watermark yang berterabur tu ye.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Tuesday 14 October 2014

Kitaran Tak Sempurna Mengganggu Kesuburan

Nak sambung pasal SET KESUBURAN SHAKLEE

Antara punca di pihak wanita ialah--> HAID TIDAK TERATUR/TERGANGGU


Bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur, disarankan untuk mengambil GLA Complex sebiji sehari untuk membantu seimbangkan kembali hormon dan mendapatkan haid yang teratur. 


Dos boleh ditambah ke 2 biji sehari sekiranya tiada perubahan dalam masa 2 minggu. 2 biji ini diambil selang 12 jam,  selepas sarapan dan selepas makan malam.

Bila haid sudah teratur, hanya perlu makan GLA sebiji sehari dari hari pertama haid sehingga ke waktu subur.

Tak pasti dengan Set Kesuburan yang mana yang perlu di ambil? Itu bergantung pada masalah yang di hadapi.Seperti yang diketahui, banyak faktor yang boleh mengakibatkan masalah kesuburan ini terjadi.



Untuk yang mengambil Set Kesuburan Asas, berikut adalah ringkasan cara pengambilan supplemen tersebut.


Ringkasan cara makan:

Zinc: Sebelum sarapan – makanan yang mengandungi pythates (dlm kebanyakan roti, bijirin, gandum) menghalang penyerapan zinc dlm usus.

GLA :  Sebiji selepas sarapan/makan malam 

B-Complex: Sebiji selepas sarapan – Larut air, minum air bnyk, sekurangnya 250ml (separuh botol mineral kecik)

Vita. E Complex: Sebiji selepas lunch

Set Kesuburan Premium mempunya tambahan Vita-Lea Multivitamin dan juga Alfalfa.

Cara Pengambilan:

Alfalfa: 3 biji selepas sarapan.
Vitalea: Sebiji selepas makan tengahari


Bagi yang pernah mengalami keguguran, disarankan mengambil ESP sebagai tambahan kerana ESP membantu membina sel2 otot dan membantu menguatkan rahim.

Cara pengambilan:

ESP: 1 sudu 2 atau 3 kali sehari.


** Dapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesuburan atau menambi sebarang ubat.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget