MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Wednesday 31 December 2014

Kids are from Heaven!

Kanak-kanak..
Memang senang dan cepat je berkawan..

Tengok je Lil' Bunny ni..

Tengah dia dok teragak2 nak masuk pool,

Datang 2 beradik ni, main dengan dia..

Dari dia termanggu2, terus gelak2, jerit2 main..walaupun smapai ke sudah dia duduk atas tangga pool je..



Aku perhati je..
Tapi selalunya, budak la yang datang dekat dia, sebab dia 'reserve' sikit.. macam aku..




betullah..kita hanya merancang...

Masih lagi dalam mood bercuti..
yelah, dah hujung tahun, tak lama lagi dah cuti new year pulak!

Sambung lagi kisah bercuti di KL...boooriingg..kata orang KL...hahah!
Macam hape je, kan..gi KL pun nak citer..

Plan asal nak jumpa kawan sekolah rendah,Cik Mun a.k.a member sejiran, member melepak, member berjogging di Tasik Permaisuri, member silat gayung (ahah!), member segala member lah..

Biasalah kan...kita merancang je.. plan kensel sebab member sangkut kat Pantai Timur..banjir..

So, bercuti di shopping complex je la.. Langit pun mendung je.. jadi, itu je lah tempat paling baik...bawah bumbung..kan?

Biasanya, kalau dalam Kl tak koser nak naik keta..memang naik tren je. Sambil2 melayan si Lil Bunny..naik Thomas, katanya.

Ok, masa shopping, kami berpecah, aku dengan Lil' Bunny, DZ gi cari baju dia.. takde lah lambat nanti. 1st time juga bawa Lil' Bunny sensorang ni.. nasib lah dia pun ok je, walaupun dia sikit2 ngamuk, mengantuk la tu.

Nak beli kasut dia, sebenarnya, tapi asal aku tunjuk kasut je dia jerit...'TAKK NAKKK!!!' ok lah.. next time je la beli. Beli baju pun macam tu..pantang aku acu baju kat badan, menjerit, 'TAKK NAKK!! TAKK PAYAH!!!'..oklah, grab je mana yang aku rasa sesuai. 

Baik anak ni, tak nak perabih duit...haha.. 

Dalam pada dia tak nak tu, banyak juga lah dapat di sauk! Aku? Sambar 2 helai t-shirt je..tu pun sebab terbayang almari dah sendat!

Tak jadi jumpa si cik Mun, DZ ajak ke rumah kawan sekolah rendah dia pula kat Sg Buloh.. ok lah, since planning asal dah lari, boleh je. 
Tumpang main kucing eh, tuan rumah :)


Member skolah DZ...I tumpang sibuk je..








Selamat Tahun Baru 2015

Dah tak lama lagi...
Masuk tahun baru 2015.
Tinggalkan segala suka-duka 2014.

Harap tahun depan dunia makin aman..walaupun sebenarnya tau tak mungkin begitu..

Harap yang baik-baik saja..



*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Monday 29 December 2014

5 star yang Fail Star!

Sabtu lepas, bercuti (read: balik kampung) ke KL..
Hekleh, macam takde tempat lain..KL pergi nya.. 
Eh, ko orang KL ke?
Eh, bukan parents ko kat Ipoh ke?

Ala..malas nak cerita la.. Lain entri la cerita pasal asal- usul ni..
tak kisah la orang mana pun hatta orang bulan ke, kan?

Rite, cerita pasal percutian yang tak berapa nak hebat tu...
Checked-in kat satu hotel yang nampak macam best..tapi pada aku so-so je lah.

Ala..bayar murah, banyak bunyi pulak!

Bukan pasal murah ke mahal ke..tapi sebab sebelum ni, overnight kat satu lagi hotel yang berhampiran, yang sama banyak bintangnya, yang harganya lebih kurang..err...lebih sikit la..so, expectation aku, mesti lah lebih kurang sama..kan? 

Ok, tak adil la nak compare apple to apple but for money value, aku rasa berbaloi bayar lebih sikit.

Mungkin nasib tak baik, aku dapat  receptionist yang tak berapa friendly..dengan muka ketat habih! Atau sebab stail aku ala kucing kampung, bukan Birman, tu yang layan nak tak nak je..?

Lagi tak best bila dah book king size bed, dia bagi twin bed. Aisey..aku bawak budak kecik, tak ke susah?  Takpe, check- in je la.. pepandai la nak adjust nanti.

Masuk bilik, ok cantik, tersusun, tapi..apsal xde exhaust fan dalam bilik air?




Ala..exhaust fan pun nak komplen?

Ko imejin kalo tercirit..agak2 pengsan tak dengan bau hasil kumuhan? Eh..pintu bilik air jenis 'hang' ye..atas bawah punya luas bukaan. Ko kentut dalam bilik air, memang bau la kat luar!

Breakfast.. 
Mungkin sebab festive season, cuti sekolah lagi..guest terlebih banyak dari meja di coffee house. 1st time ever, kitorang kena beratur tunggu meja, which is aku rasa macam..kenapa dining korang kecik, tak padan dengan bilik yang banyak?

Wah..DZ memang geleng kepala dah.. memang last la dok sini, katanya.

Food, ok, tak banyak choice sangat..tapi lambat replenish, mungkin atas sebab2 di atas.

Ok, aku cerewet!

Kecewa doh! 

Tapi takpela..as long Si Lil Bunny happy..aku pun abaikan je perasaan kecewa tu. Dia bukan heran pun ada exhaust fan ke tidak, dia tak heran pun receptionist muka ketat, yang dia tau, dia duduk hotel!

C'est la vie!










Tak payah buang masa lagi lepas ni..

Masih ingat dengan Pembantu Rumah Kos Murah?

Ini lah hasilnya bila di spray pada dinding bilik air yang sengaja dibiarkan filthy..

Nak try kehebatan Basic H la kan..

Kalau tak, tak nampak pula perbezaan nya, ye dak?



Memang mudah la kerja2 membersih dengan Basic H ni.

Minimal scrubbing, tu yang penting. Sekejap je dah settle cuci bilik air. Dah boleh buat kerja lain.

Rasanya memang ramai yang delay kerja2 mencuci bilik air sebab tak berapa rajin nak menyental, kan?

Itu baru guna 3-4 titik. Ada lagi bertitik2 yang tinggal dalam botol Basic H tu.

Jimat la haih!


* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny



Asap ke kabus?

Hari Khamis, cuti Krismas, so bersantai je kat rumah.
Dapat la update blog sesikit..

Jumaat, dah outstation. Hujan sepanjang perjalanan dari Ipoh ke Penang.
Cuaca sejuk je, drive sorang2, takde geng.
Colleagues menuju ke tempat sama juga, tapi kereta berasingan.
Hajat nak balik awal tergendala bila group kontraktor sampai lewat sebab hujan juga.

4.30pm baru cecah Ipoh. Sampai je di ofis, buka bilik, terbau sesuatu yang aneh. Nampak bilik seperti berasap. 

*Confuse* 
Asap ke kabus? Sepanjang perjalanan asyik tengok kabus je..
Memang tetiba jadi keliru.
Kalau naik flight, boleh la kata jet lag.

Ini? Car lag?

Panggil colleague, yang juga baru sampai dari Penang.
'meh sini tengok bilik I, apa u nampak?
'Ini asap ni...apa jadi?'

Maka berkumpul lah kami bertiga memerhati asap itu..tak tau mana puncanya.

On exhaust fan. bagi hilang asap dan bau. 
Buka pintu, nanti mati lemas, gurau si Kogu.

Lepas 15 min, asap takde..jam pun dah 5pm.
Badan dah penat.
So balik saja.

Sebelum balik, back up semua file dalam external hard disk.
Simpan dalam beg, bawa balik rumah!

Mana tau kan...Malang tak berbau!

* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny



Friday 26 December 2014

10 jenis makanan yang bantu membakar lemak

Yaaa...lagi info untuk kuruskan badan.

Amik.


* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Kurangkan berat badan..lagi?

Azam tahun baru?

Nak sihat!

Nak turunkan berat badan!

Nak langsing!

Kenapa lah lately suka sangat buat entry pasal kurus ni..

Bagi tips kat semua orang dan diri sendiri lah..hehe


Yang rasa-rasa ada hati nak langsingkan badan tahun 2015 ni, boleh la tengok gambar kat atas ni dan mula amalkan pemakanan yang sihat.

Eh..eh..ada Salmon yang bagus untuk membuang lemak2 di pinggang.

Oh ye la, Salmon kan ada fatty acid Omega-3. Omega-3 kan membantu meningkat metabolisma sekaligus membakar lemak disamping bagus untuk jantung & otak.

Susah nak dapat salmon yang segar kat Malaysia ni. Yag tak berapa segar pun mahal juga harganya. 

Alternatif lain untuk sumber Omega-3 ni ialah Omega Guard Shaklee la..


Dengan hanya 4.50 sehari dah boeh dapat khasiat yang sama dengan sepotong salmon yang harganya  hampir 3 kali ganda!

Berbaloi, kan?

* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


9 jenis makanan ni bantu untuk kurus

Suka makan tapi takut  gemuk?


Seronoknya kalau boleh makan sedap2 dalam masa yang sama berat tak bertambah, kan?
Haaa..tu yang kita tak tau..

Ada beberapa jenis makanan yang sedap dan dalam masa yang sama tak menambah berat badan.

Tengok ni:

1. Kekacang
    Kandungan protein yang tinggi, berserat dan lambat di hadam. Jika ianya ambat di       
    hadam, bermaksud anda akan rasa kenyang lebih lama dan potensi untuk mengunyah     
    selalu adalah kurang.

2. Sup
    Perasan tak sup selalu dihidang sebagai appetizer?
    Dengan makan semangkuk sup sebelum hidangan utama, anda akan merasa lebih 
    kenyang.

3. Coklat gelap (Dark Chocolate) 
    Jika terasa nak makan coklat sebagai snek di antara waktu makan, pilih lah dark chocolate.

4. Puri sayuran

    
5. Telur dan sosej
     Kedua-duanya adalah kaya dengan protein dan mampu membuatkan anda rasa enyan jika mengambilnya sewaktu sarapan.

6. Kacang sebagai snek
    Terasa nak mengunyah2 selepas makan?
    Makan segenggam kacang badam, kacang tanah, pecan atau walnut.

7. Epal
    
8. Yogurt


9. Grapefruit
     Makan atau minum jus grapefruit sebelum makan membantu anda rasa kenyang. 


Sumber: 
http://www.webmd.com


* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


  

Thursday 25 December 2014

5 Manfaat B Complex

Vitamin B Complex biasanya mengandungi pelbagai jenis vitamin B yang utama seperti Vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B9,B12. Banyakkan?


Ini 5 manfaat yang boleh kita dapat bila amalkan pengambilan B Complex

1. Lebih Bertenaga
    Ini terjadi kerana Vitamin B1 diperlukan untuk menukarkan karbohidrat yang kita makan       menjadi glukos, manakala vitamin B2, B3, B5, B6 dan Biotin diperlukan untuk menukar         glukos menjadi tenaga. Jadi bila anda rasa lesu dan letih, itu tandanya anda kekurangan       Vitamin B.

2. Sistem saraf yang sihat
    Vitamin B5 diperlukan untuk memastikan kelenjar hormon berfungsi dengan baik,        
    manakala vitamin B1, B6 dan B12 diperlukan untuk memastikan keseluruhan sistem saraf       berfungsi secara teratur.
    Vitamin B9 penting untuk mengelakkan masalah 'Neural Tube Defect' pada bayi dalam         kandungan.

    Rasa stress, murung, gementar? Itu petanda anda perlukan B-Complex!

3. Penghadaman yang baik

     Vitamin B Compex sangat-sangat penting untuk sistem pengahadaman yang sempurna,    
     penghasilan asid perut dan membantu proses pemecahan lemak, protein dan    
     karbohidrat.

4. Kulit, Rambut dan Kuku yang lebih sihat

    Kulit, rambut dan kuku sentiasa tumbuh semula secara semulajadi. Oleh itu, Vitamin B    
    Complex adalah penting untuk penghasilan sel. Kekurangan Vitamin B Complex akan 
    mengakibatkan kulit kusam dan tidak bermaya, berkedut, berjerawat, rambut gugur dan     mudah putus serta kuku mudah patah.

5. Penyembuhan luka dengan pantas
    Vitamin B1 & B5 berfungsi untuk menyembuhkan luka


Oh, Vitamin  B Complex ni ialah vitamin yang larut air, jadi sebarang lebihan akan dibuang melalui urin. Jangan terkejut pula bila tengok urin anda berwarna kuning terang. Tak perlu takut. Minum air yang banyak, hilanglah warna terang tu!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Gunung Rapat, Station 18, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Raya.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call/SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
SID: 911 778- Farah Hani
FB Page: Lil'Bunny Services

Wednesday 24 December 2014

Jom minum Peppermint Tea

Sambung cerita peppermint..


Nah, ni dia resipi Peppermint & Ginger Tea

2 inci halia - dipotong panjang dan nipis
2 sudu besar daun pudina
1 sudu kecil daun pudina kering
1/2 sudu teh lemon
Sedikit madu

Cara-cara:

1. Masukkan halia dan peppermint ke dalam kain kecil/uncang. 
2. Letakkan uncang bersama serbuk teh/uncang teh ke dalam cawan.
3. Tuang air mendidih, dan biar selama 5 minit. 
4. Keluarkan herba dan kacau dengan madu, ikut sedap rasa.

Senang kan?

Susah dapat daun pudina yang segar?

Guna Peppermint Ginger Plus Shaklee pun boleh.

Hancurkan je 3 tablet, campur dalam teh panas atau air panas.

Mudah tak?

Sumber: http://www.exhibithealth.com/general-health/health-benefits-of-peppermint-606/

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Gunung Rapat, Station 18, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Raya.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call/SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
SID: 911 778- Farah Hani
FB Page: Lil'Bunny Services

Cerita pasal peppermint

Peppermint atau pudina ialah sejenis herba yang banyak digunakan dalam masakan dan juga bahan kosmetik termasuk sabun dan ubat gigi, tak lupa juga bidang perubatan .



Peppermint adalah antara bahan yang terkenal dalam perubatan tradisional kerana ianya mengandungi efek yang menenang dan menyegarkan.
Popular dalam melegakan cirit-birit, PMS, kembung perut, kemurungan, sakit otot dan juga selsema. Oh, peppermint juga boleh melegakan kegatalan pada kulit.
 Yang ni best, peppermint juga boleh MELEGAKAN SAKIT KEPALA & MIGRAIN! Tu dia..tak cukup CAPS LOCK, aku highlight lagi biaq nampak terang, jelas dan nyata!
Memang sekarang ni kalau sakit kepala, capai Peppermint Ginger Plus Shaklee je, macam yang aku cerita kat entri sebelum ni.


Harga Runcit: RM 45/botol
Peppermint juga boleh membantu melegakan selsema, kerana ia mengandungi menthol. 
Menthol membantu melegakan hidung yang tersumbat akibat selsema. Biasa tak hidu minyak angin masa selsema, lepas tu rasa senang je bernafas? Haa…sebab yang ni lah. 
Baru tau, kan? Aku pun…heheh…
* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375

EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

TIPS: Penyimpanan susu ibu

Hari ni nak share sikit tips untuk simpan susu ibu.

Bagi yang buat EBM dan tak tau cara penyimpanan yang betul, boleh rujuk pada gambar di bawah.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Gunung Rapat, Station 18, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Raya.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call/SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
SID: 911 778- Farah Hani
FB Page: Lil'Bunny Services

Tuesday 23 December 2014

Khasiat Bawang Putih yang kita perlu tahu

Walaupun 'dia' berbau kuat, tapi sebenarnya 'dia' banyak khasiat.
Ini antara khasiat 'dia', si bawang putih:

1. Membantu menghalang pembiakan bakteria dan jangkitan kuman
2. Membantu mencegah darah beku
3. Membantu menstabilkan tekanan darah
4. Membantu memelihara jantung
5. Membantu mencegah demam, selsema dan sakit tekak
6. Membantu mengekalkan paras gula dalam darh
7. Membantu mencegah kekurangan zat besi dan anemia
8. Membantu mengurangkan sakit gigi
9. Membantu mengurangkan berat badan

Banyak khasiatnya, kan? Ada lagi sebenarnya, tapi cukup yang ini dulu.

Jadi lepas ni, boleh letak banyak2 bawang putih dalam masakan.
Nak lagi senang, boleh ambil ini





* Mengandungi Allisin iaitu sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah.  

* Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan.  

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.  


Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Gunung Rapat, Station 18, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Raya.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call/SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
SID: 911 778- Farah Hani
FB Page: Lil'Bunny Services

Kelebihan minum susu sebelum tidur

Haa....nak tau apa kebaikan minum susu sebelum tidur?

1. Kalsium penting untuk gigi dan tulang dan akan diserap semasa tidur.
2. Susu yang dicampur dengan madu akan membantu anda tenang dan tidur dengan lebih lena.
3. Susu mengandungi Vitamin B yang membantu menghilangkan stress.
4. Membantu proses pencernaan.

Sebab itu Ostematrix disarankan diambil sebelum tidur.
Esok pagi anda akan bangun dalam keadaan yang lebih segar!
Tak percaya, cubalah!




  • Atasi masalah sembelit
  • Memberi tenaga dan dan mudah bangun dari tidur
  • Mengekalkan tekanan darah normal
  • Membantu kita segar
  • Mengelakkan kemurungan
  • Mengatasi "water retention"
  • Mengatasi masalah PMS
  • Mengelakkan kekejangan & sakit tulang belakang
  • Membantu pengeluaran susu (milkbooster) dgn syarat perkara asas penyusuan dipatuhi
  • Mengatasi masalah pereputan tulang
  • Memastikan tulang padat bg mengampu tubuh yg berat(jika ada masalah berat berlebihan)
*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Risiko bayi dijangkiti selsema ketika menyusu dengan ibu.

Dah dua hari hujan tak berhenti di sini.
Cuaca pun sejuk je.
Cuaca macam ni memang senang la selsema hinggap.
Untuk ibu2 yang masih menyusukan bayi lagi susah bila dijangkiti selsema.
Tak, bayi tak akan berjangkit melalui susu ibu. Tapi akan berjangkit melalui pernafasan dan air liur ibu.

Bila ibu selsema dok cium2 anak, bercakap2 dengan anak, haa..masa tu la virus tersebar.
Jadi, ibu2 yang menyusukan anak dan sedang selsema dinasihatkan pakai face mask.

Tapi tak selesa, kan?

Cara lain, ibu2 boleh tingkatkan imunisasi ibu dengan ambil minyak ikan dan vitamin C.
Bukan ibu je yang dapat manfaat, anakanda pun turut dapat rasa manfaatnya.


Sustained Release Vitamin C


* Melindungi sel2 dalam tubuh
* Menjadi penggalak imunisasi tubuh
* Membantu mengukuhkan sel kulit ( badan sihat, kulit pun cantik)
* Mengandungi khasiat 7.5 biji oren dalam satu tablet.

OMEGA GUARD

R.P: RM 136/bottle (90 capsule)
1. Mengandungi  Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. 

2. Mengekalkan tekanan normal darah

3. Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin (untuk ibu hamil

4. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak.


5. Membantu memperbaiki  masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dan lain-lain.









Nampak tak betapa pentingnya kesihatan ibu dalam konsep penyusuan bayi ni?


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Saturday 20 December 2014

Bola dan burger 2 singgit..

Hot topik untuk malam ni ialah...Piala AFF Suzuki 2014.
Newsfeed kat FB pun cerita pasal bola je..
Sana-sini dok bersorak..

Tak minat sangat dah tengok bola ni.
Masa sekolah rendah dan menengah dulu ye. Memang minat habis. Zaman Allayarham Mokhtar Dahari dulu..zaman Liga Semi-Pro, zaman tengok Piala Malaysia kat Stadium Merdeka. 

Masa sekolah rendah, memang minat habih, masa tu lebih sokong pasukan kampung sendiri la..member yang kampung kat Kedah sokong Kedah, kampung kat Selangor pilih Selangor. Zaman tu Kedah memang paling hebat. Ye.. Kedah dengan Selangor. Era tahun 80-90an.

 Era Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Radhi Mat Din lepas tu masa sekolah menengah  Azman Adnan, Shahril Arsat, Khairul Azman Mohamad jadi pilihan. Masa ni dah tak pilih ikut kampung memasing dah..memang pilih pasukan yang terror je..

Salah satu sebab suka tengok bola zaman dulu ialah sebab Stadium Bolasepak Cheras tu dekat je dengan rumah. Memang kerap gakla pergi stadium tengok game bola. Satu kebanggaan bila pergi sekolah esoknya, cerita kat kawan2, " wei aku gi stadium tengok bola malam semalam" hehe..

Yang lagi best, lepas je game habis,  ada lelongan burger 2 biji, seringgit! Agaknya burger ni jadi inspirasi Mail dalam Upin Ipin tak?

Bila dah masuk U, takde geng nak cerita pasal bola dan jarang sangat pun tgk tv, baca paper, memang tak tau sgt pasal cerita bola, terus lepas tu tak minat dah..

Oh..ada, dorang sibuk cerita pasal Beckham.. Sorry, tak minat..saya minat Zinedine Zidane!

* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget