MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Thursday, 11 December 2014

Road tax punya hal

Dah lama tak guna servis MyEG untuk renew roadtax..sejak kahwin rasanya sebab DZ kata biar dia je yang uruskan hal renew insurans dan road tax kereta. 

Bulan ni pulak, road tax kereta due, minta di renew..aduhai, bahasa pun dah macam rojak ni. Sikit pening sebab geran kereta ada kat bank kat KL. Cemana nak buat ye. Semalam try login MyEG. Ehem..dah banyak tahun tak jenguk situ, kan, password memang haram nak ingatlah. Oklah, kita tekan forgot password. Done!

'Kitorang dah hantaq notification mail kat email hang', lebih kurang camtula MyEG reply. Tak tunggu lama, terus log in email. Satu apa pun tak dak. Tak efisien betoi la, korang ni. Sampai ke petang, haram satu mail dari MyEG masuk.

Try call bank la..hmm..amoi receptionist sangatlah tak user friendly. Mungkin sebab aku call jam 3.30pm dan amoi tu tengah mengira pusingan jarum jam untuk balik...kot?

Buntu!
Pagi tadi sembang dengan DZ. Boleh ke renew road tax tanpa geran ni?
Takpe, i try login MyEG balik, tak dapat, I call bank. Tak dapat gak kita gi Ipoh branch la, kataku menyusun plan. Dah terbiasa, Project Engineer, planning kena sentiasa ada.

Tengah drive pagi tadi, masih dok pikir pasal road tax, tetiba teringat, tah2 email tu masuk dalam Spam? 

Sampai ofis, terus check Spam mail.. Tu dia...!!  
Ada je dia kat situ..tak pasal je buat dosa kat My EG...sorry yek.
Terus settlekan urusan password, log in, renew roadtax, bayar. Kurang setengah jam, siap!

Lepas lunch dapat call, ' saya dari MyEG dah ada kat depan ofis cik'
Pantas! Sangat pantas! 

Ok..saya happy!




* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny





No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget