MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday 20 December 2014

Bola dan burger 2 singgit..

Hot topik untuk malam ni ialah...Piala AFF Suzuki 2014.
Newsfeed kat FB pun cerita pasal bola je..
Sana-sini dok bersorak..

Tak minat sangat dah tengok bola ni.
Masa sekolah rendah dan menengah dulu ye. Memang minat habis. Zaman Allayarham Mokhtar Dahari dulu..zaman Liga Semi-Pro, zaman tengok Piala Malaysia kat Stadium Merdeka. 

Masa sekolah rendah, memang minat habih, masa tu lebih sokong pasukan kampung sendiri la..member yang kampung kat Kedah sokong Kedah, kampung kat Selangor pilih Selangor. Zaman tu Kedah memang paling hebat. Ye.. Kedah dengan Selangor. Era tahun 80-90an.

 Era Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan, Radhi Mat Din lepas tu masa sekolah menengah  Azman Adnan, Shahril Arsat, Khairul Azman Mohamad jadi pilihan. Masa ni dah tak pilih ikut kampung memasing dah..memang pilih pasukan yang terror je..

Salah satu sebab suka tengok bola zaman dulu ialah sebab Stadium Bolasepak Cheras tu dekat je dengan rumah. Memang kerap gakla pergi stadium tengok game bola. Satu kebanggaan bila pergi sekolah esoknya, cerita kat kawan2, " wei aku gi stadium tengok bola malam semalam" hehe..

Yang lagi best, lepas je game habis,  ada lelongan burger 2 biji, seringgit! Agaknya burger ni jadi inspirasi Mail dalam Upin Ipin tak?

Bila dah masuk U, takde geng nak cerita pasal bola dan jarang sangat pun tgk tv, baca paper, memang tak tau sgt pasal cerita bola, terus lepas tu tak minat dah..

Oh..ada, dorang sibuk cerita pasal Beckham.. Sorry, tak minat..saya minat Zinedine Zidane!

* Segala testimoni tentang produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit. Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
POS: Seluruh Malaysia


SMS/CALL: 012-505 7375
EMAIL: qsejati12@yahoo.com
FB PAGE: Lil'Bunny Services

** Jom jaga alam sekitar dengan 'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget