MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Monday, 10 November 2014

Drama Syahdu Di Awal Pagi...

Kisah semalam...

Masuk minggu ni, dah 3 kali si Lil'Bunny terjaga bila aku hantar dia ke bilik mama. 

Kebiasaannya, 2 minggu sekali aku dengan DZ gi pasar borong...err..itupun ikutlah, kalau mampu terjaga jam 5pg..sebab kadang2 terjaga tapi hati berat je nak bangun..haha..

Sebelum2 ni, memang dia nyenyak tidur, angkat pun tak sedar tapi tah kenapa baru2 ni, memang senang je dia terjaga..menangis2 tak nak tinggal..(tau pulak tu mommy bukan nak gi kerja, kalau gi kerja ok je, siap suruh mommy pergi lagi!)

Sudahnya, aku bawak juga dia. Pakaikan baju dua lapis, siap berlengan panjang. Dia pulak riang-ria je, ingat nak gi jalan.. tak tau ko nak, kat luar tu gelap gelita lagi!

Keluar rumah, dia nampak bintang2 kat langit...

'waa...ada star! Look mommy..star!!'

Kagum sangat dia dengan star..

Dekat pasar, berdukung la, kan..nasib baik lah nak dukung dengan ayah.. 

Through the end, dah letih agaknya..mula merengek.. nak mommy dukung.. 

Ok la..nak balik dah kan.

Dalam kereta dia dah menung...mengantuk la tu... 
Hampir sampai rumah dia terlelap..betul2 dekat traffic light nak masuk ke rumah..

Sampai depan pagar, dia terjaga..mula menangis, tak nak balik!

Aduss..

Menangis2 dalam kereta..nak pergi jalan! nak pergi jalan! 
Sampai duduk kat tempat kaki..

Ok, kasi chance, kita round kedai kat area rumah ni je lah..

Belikan roti bun seketul, dah jom balik!

Sampai je kat rumah, menangis balik..nak gi jalan!

Bawa je dia keluar kereta, dia berlari masuk bawah porch, duduk hentak2 kaki..
Aku pujuk2..taknak..dia bangun, pergi ke luar, tuju kereta.. 
Aku ikut...dia lari lagi.. dah macam main polis sentri pulak..hahah!

Tuu dia...sayup2 di balik tiang..


Kesian...kelakar pun ada...mesti dia ingat nak gi jalan tgk elephant lagi kot..sebab baju yang dia pakai tu baju gi zoo hari tu..(dah basuh okey!)






No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget