MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Friday, 7 November 2014

Sale buat aku sakit!

Hari ni lunch sensorang lagi..takde geng, hari Jumaat lak, kalo tak boleh ajak DZ berdating.

Oklah, dah sorang tu, gi makan jauh sikit la, boleh shopping sekali...semalam pun makan kat sini gak. Tapi hari ni sebab ada misi..ya..misi nak cari bedding accessories untuk adik yang nak kahwin tak lama lagi.

Sambil-sambil belek cadar, (memang suka sangat dengan cadar, tah kenapa lah agaknya). Ingat nak beli..tapi bila tengok harga, tiba-tiba rasa sakit hati! 
Sakit sesangat sebab ada sale, 70% !! Sakit hati sangat bila harga sebelum sale dah dinaikkan dulu siap2! Lepas tolak diskaun, dapatlah harga asal, yang nampak macam, wah!! murahnya. Padahal..

Ala...ko ni pandai2 je la...

Takla..aku tau la..sebab aku rajin sgt melawat shopping mall. Time sale ke, tidak ke, ada je muka aku kat situ.. 

Lagi satu, pikir logik sendiri la.. takkan cadar cotton biasa gambar bunga2 cinta harga sampai RM 215? Tak logik kan? Sebab harga gitu ko dah boleh dapat cadar standed kilat2 kain mahal kat Aussino! Takpun comforter set sedebuk!

Tu belum lagi korang tengok baju budak, baju tido standed harga RM 15 pun di letak RM 30, lepas tu tampal tag 50% diskaun. Maka mak2 pun berbondong2 lah membeli... Murah noks!

Tak tau la berapa ramai yang sedar dengan keadaan ni..

Oh..sudahnya, tak jadi pun beli cadar, tunggu lepas sale la..takde la sakit hati sangat sebab price cadar tu dah kembali ke harga asal, RM 64.50!

Tak caya? Korang gi mana2 shopping mall, tengok dan bandingkan harga sebelum & selepas sale. Have Fun!

**Tapi aku tak kata semua yang dalam 'sale' tu menipu... sesetengah barang je..




No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget