MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday 8 November 2014

Dari Nokia ke Samsung...

Budak-budak...

Memang selalu tiru apa yang orang dewasa buat...

Jadi, jaga kelakuan/percakapan bila depan anak-anak..eh..bukan depan anak-anak je.. bila-bila masa pun..

Kisah telefon..



Telefon pertama masa umur Lil' Bunny setahun - beli di Tesco, harga RM 12.90
Kalau handphone sebenar, ala-ala nokia model lama yang besar gedabak la..
Fungsi: lagu2, ada sora sebut 1 hingga 0

Telefon kedua, beli masa Hari Raya Haji baru2 ni.. kat Mydin. Harga RM 10. Beli sebab sementara ayah cari kopiah, si kecik dah aim satu doll. Jadi, cepat2 la sambar handphone yang ni dari dia ambil doll yang bakal jadi OKU dalam masa sehari-dua. (Kalau tak hilang tangan, patah kaki). 

Kalau handphone sebenar, model yang ni boleh di samakan dengan Ericsson T-10 la..main flip2.
Fungsi: lagu2 sahaja..lagu yang sama sampai terngiang2 di telinga.. haish!

Telefon ketiga, beli bulan lepas di...Kedai RM 2. Harga, mestilah dua ringgit, kan..
Ala-ala telefon samsung la, dengan gambar macam-macam apps..

Yang bestnya..si Lil'Bunny tengah dok main masak-masak, tiba2 dia lari ambil telefon ni..
'Eh, nak main fesbuk kejap la'..

Ternganga ammak dengar, hoke.

Bijak..bijak bebudak sekarang ni...








No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget