MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday 29 November 2014

5S- Sibuk, Semak, Sesak, Selsema & Stress!

Minggu ni, minggu yang sangat-sangat sibuk..memang tak sempat nak update blog.

Minggu ni month end..minggu closing..tambah2 lagi dah hujung tahun..kena la pulak buat planning forecast untuk projek2 yang sedang berjalan...

Minggu ni juga minggu terakhir untuk persiapan majlis perkahwinan adik bongsu, the one and only lil' brother..berganda2 la sibuknya, kan.

Dengan 3 hari je masa bekerja minggu ni, memang full swing dengan reporting, fabrication design etc..

Balik rumah, settlekan persediaan majlis pulak..tapi memang dah jadi tabiat bebudak engineering ni suka buat kerja last minute agaknya, memang semua pun aku buat bila masa dah sampai ke hujung..agak2 kalau dah nak tenggelam, air cecah paras idung, baru nak berenang selamatkan diri.

Hari Selasa, baru terhegeh2 nak cari material untuk buat hiasan kereta pengantin, tangga.. 2 hari keluar masuk kedai kraf, beli ribbons, net semua..
Alhamdulillah...siap juga akhirnya..

Semalam pun dok pulun buat cupcake, nak bagi belah perempuan... Time ni la tiba2 kek x menjadi...haish...dalam banyak2 hari...hari ni lah yang dia pilih..aduusss..!
Nasib baik 1st batch punya ok..
2nd batch yang x menjadi..dah mcm muffin lak aku tengok!


Red Velvet with Mascarporne Cream Cheese...dah masuk kotak baru teringat nak.ambil gambar!

Dalam dok kalut2 sibuk ni..tiba2 selsema dengan sakit tekak pulak...adoi...dugaan betul... Terus capai Omega Guard dengan Vitamin C..biasa ambil sebiji je Omega Guard..tapi bila dah selsema ni, ambil 2 biji pula sehari. Nasib baik dah kurang selsema..kalau tak, memang terus up ambil 3 biji lah! Oh..maksimum dosage pun 3 bij sehari je..

Promosi Omega Guard pun dah nak habis..rugi lah yang tak grab promotion kali ni, kalau selalu rasa macam banyak sangat kena beli 6 botol, bulan ni ada promosi untuk 2 botol juga..beli 2 botol dapat harga jimat, 6 botol lagi jimat!


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Gunung Rapat, Station 18, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Raya.

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call/SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
SID: 911 778- Farah Hani
FB Page: Lil'Bunny Services

Tuesday 25 November 2014

Penangan lambat makan..

Lepas lunch semalam tiba-tiba terasa sakit kepala..hmm..ni sah angin ni sebab sebelum lunch tadi perut dah berdendang2.. Bila angin  mulalah rasa semacam, nak muntah pun ada.. 

Eh, teringat ada spare sebotol Peppermint Ginger kat dalam drawer office. Terus telan sebiji..tak lama lepas tu..menderu2 angin keluar... sikut mulut ye...kita tak kentut merata-rata tau!

Lepas makan malam, ambil lagi sebiji..lega rasanya..kalau tak, silap2 sakit kepala tu boleh bawa ke 2-3 hari..


Retail Price: RM 45/bottle of 90 tablets

Memang kena sentiasa ada lah botol ni dalam handbag.
Nak-nak bila time travel, makan tak tentu masa..
Tak rugi ada ni...

Nak?


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Sunday 16 November 2014

Tanggunglah akibat bila makan Set Vitamin Yang ini..

Ok, ini cerita best.

Balik kerja tengah hari tadi, singgah kedai Aceh kat area rumah ni..
Tengah pilih sayur tiba-tiba si pembantu kedai panggil.. 'Kakak!kakak! Sini kejap!'
Hmm...kakak dia panggil aku yang muda remaja ni..
Aku pergi dekat dia, 'kenapa?
'Eh, muka kakak cantik la..makin cerah, licin je..kakak buat apa ye?
Ok..tang ni kakak dah tersipu-sipu malu taw..
'Oo..kamu nampak ye muka kakak dah lain?' Ayat pancing...
'Ye, la..dulu nampak ada tompok2, bekas jerawat, sekarang dah takde..malu nak tanya tapi muka saya teruk, tak tau nak buat apa'

Adik..adik..ni lah akibatnya bila akak ambil Vitamin E, GLA Complex dan ESP sebagai supplement untuk kecantikan.
Akak memang banyak jeragat, fefeling European Woman la kononnya.. 



Vitamin E

Mengandungi Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium (untuk mendapatkan kesan pengambilan yang optimum) dan Ekstrak Biji Anggur yang bertindak untuk menyingkirkan radikal bebas yang membentuk kedutan.


Menghilangkan parut dan jeragat.


GLA Complex

Mengandungi ekstrak minyak bunga Borage yang mengandungi asid linolic, membantu menstabilkan hormon yang menjadi antara punca timbulnya jerawat. GLA Complex menjadikan kulit sihat dan halus.

ESP

Protein soya yang membantu dalam pembentukan otot, menjadikan otot muka dan kulit lebih tegang dan anjal.
Mengandung Isoflavones yang mengawal aktiviti hormon estrogen di dalam badan.


Nampak tak akibatnya bila ambil supplement n secara teratur?


Hari ni senyum2 happy sampai rumah.

Okla..belanja satu gambar *wink*





*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

















































Saturday 15 November 2014

Baru habis download gambar.

Hari tu tak sempat pun download semua gambar2 yang di ambil kat Taman Tasik Taiping & Zoo Taiping.. Sesungguhnya, malas ya amat nak transfer file dari kamera ke pc..

Biasalah kan, penyakit 'M' ni memang takde ubat!

Oh, takyah citer panjang, tengok je la gambar2 ri tu.. tengok je taw! Jangan nak curi2 kopipes picture kite plak! Babab tangan tu nani.


Ini la gambar yang diambil si Lil'Bunny

Ni pun sama..

Ok, ni satu gambar yang Lil'Bunny ambil yang menjadi. Lain semua gambar jari, gelap tak nampak apa.


'Ayah nak minta no telefon giraffe ke?' tanya Lil' Bunny







Alfalfa Tak Sesuai Untuk Anda!

Ya! Alfalfa adalah tidak sesuai untuk anda JIKA anda penghidap SLE

Tau tak apa itu SLE?

Aku pun tak tau gak dulu..lepas berjinak-jinak dengan Shaklee, baru lah tau sikit sebanyak tentang penyakit dan kesihatan ni.

SLE ataupun Systemic Lupus Erythematosus adalah penyakit kronik yang menyebabkan badan pengidapnya menghasilkan protein darah (antibodi) yang banyak (autoimmune). Ini akan menyebabkan ianya memberi tindak balas terhadap tisu dan sell badan, menyebabkan keradangan dan kerosakan tisu.


Selain kulit, SLE juga boleh menyerang organ dalaman badan seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Simptom:

Dikenali sebagai 'the great immitator' simptom SLE adalah lebih kurang sama dengan penyakit2 biasa seperti demam, sakit sendi, kelesuan.

Ada antara penghidapnya mengalami simptom pada kulit seperti ruam (butterfly rash),   tompok2 merah bersisik, kehilangan rambut dan ulser.


Untuk pesakit Lupus, ALFALFA adalah BIG NO ye!
Jangan pula ada yang ambil Alfalfa Shaklee, lepas tu bila ada masalah, blame pula Alfalfa tu, sedangkan korang tak tau yang korang adalah pengidap SLE ni.


Sumber:

1. http://www.lupusmalaysia.org
2. http://en.wikipedia.org/wiki/Lupus_erythematosus
3. http://www.webmd.com/lupus/guide/nutrition-lupus


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Gunung Rapat, Ipoh Town, Jelapang, Bandar Meru Ray

Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Call / SMS: 012 - 505 7375
Email: qsejati12@yahoo.com
FB Page: Lil'Bunny Services
SID: 911 778- Farah Hani
**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Eh..Jangan buat Masker!!

Lerr..

Ada jek isu yang nak dibangkitkan, yang melibatkan supplement dari Shaklee ni..

Tapi bagus gak, kurang2 boleh bagi idea untuk ditepek dalam blog ni..

Takpe..takpe..tak payah dok kecoh pasal isu tu..biarkan aja..

Cuma nak cakap..

Supplement jadi masker? Biasa je sebenarnya
Sedangkan taik musang pun jadi kopi..apa de hal?  

Hehe..

Banyak je vitamin yang boleh dijadikan masker.. 
Salah satu contoh, Vitamin E.

Dulu, masa  jadi student, amik Vitamin E (bukan Shaklee). Beli dari farmasi.. selalu jek pecahkan, tepek2 kat muka..


Bagi aku la, apa yang boleh ditelan, boleh juga di sapu di luaran. Tapi sebaliknya,yang guna untuk luaran x boleh diguna untuk dalaman, maknanya diminum/makan.

Cth: putih telur, boleh dimakan, boleh juga di jadikan masker.
Tak pernah pulak aku dengar orang makan krim muka sebab nak jadi cantik!

Tapi, jangan pulak korang sapu sambal belacan kat muka, buat masker..kang kata aku tulis yang dimakan boleh juga diguna untuk sapu. Nak sapu juga, risiko lepas tu korang tanggung sendiri la.

Nak buat Masker Vitamin E ni senang je..



Potong 2 vitamin E, ambil minyaknya dan sapu ke muka...Voila!
Elok disapu sebelum tidur.
Bangun pagi sok, korang rasa kulit muka lembab dan lembut je..

Tak caya, cubalah!

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Friday 14 November 2014

Diancam Udang Mentega! (Bahasa Jiwa Bangsa)

Semalam dah upload bahan2 mentah terbaik dari ladang, kan..

Hari ni kita upload hasil dari godekan tukang masak yang ada diploma...
Balik kerja, terus letak beg kat tepi.

Terus mengadap udang2 ni semua..

Dari ini...

Menjadi ini...

Lil'Bunny punya...xde cili padi

Butter Prawns




Sedap tak?

Oh...yang ada gout dan masih takut2 nak makan udang, jangan lupa, bulan ni tengah promosi OMEGA GUARD yang boleh mengurangkan keradangan akibat gout...ahaks..
Call/text me, ok!

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bun

Thursday 13 November 2014

Meriahnya makanan Laut..

Share sikit antara gambar2 hasil tangkapan tiap kali ke pasar borong..
Asyik terlupa je nak share..

Takkan tiap-tiap entry nak cerita pasal vitamin pulak, kan.. Reader pun bosan gak kan..








Meriah...kan?


Supplement ni ada ubat guna2 ke?

Huish..tajuk tak ingat punya..

Tengok ni...



2 botol ni bakal bertemu tuan barunya kejap lagi..

Sepatutnya semalam lagi dah jumpa tuan baru, tapi saya tak jumpa tuannya, maka berdiam la mereka ni dalam laci saya untuk sehari lagi..

Oh, bakal tuannya satu tempat kerja dengan saya, cuma department lain. 
Sebelum ni dia ambil vitamin yang beli kat farmasi je..taknak simpan stok, katanya.. Yela, sebotol Multi-Vitamin Shaklee ni, cukup untuk stok 4 BULAN!

Bila tiba-tiba kesihatan ayah dia merosot akibat diserang mild stroke, dia tanya , ada tak apa-apa supplement Shaklee yang boleh membantu.

Waktu tu, saya memang cadangkan dia bagi Multi-vitamin dan Omega, kebetulan pulak mak ayah dia tengah demam2 masa tu.

Terus dia ambil satu set Vita-Lea dan Omega.

Dua hari lepas tu, dia bagitau, memang nampak perubahan kat orang tua dia. Cepat je kebah dari demam dan dah ayah dia pun nampak sihat dari sebelum tu.

Vita-Lea kan membantu menambah tenaga..oh..ia juga mengandungi Zat Besi dan pelbagai vitamin dan mineral lain (sebab tu dipanggil Multi-vitamin).

Omega? Oh..Omega pula membantu meningkatkan sistem imun tubuh, menguatkan jantung serta fungsi otak selain membantu mengekalkan tekanan darah.


Mula-mula beli untuk mak ayah dia je, tak lama tu beli untuk diri sendiri.
Lepas 2 kali repeat order, terus jadi member!

Itu yang dikatakan, kalau guna Shaklee pertama kali, mesti terus jatuh cinta punya!

Eh..bulan ni kan ada offer OMEGA Guard.. Untunglah sapa yang beli bulan ni..

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bun



Double promotion di bulan Double 1 (11)!

Dah tengah bulan, baru teringat ada poster ni yang tak di upload ke blog...hihi..

Ni hah..bulan ni, Shaklee bukan je bagi promo BUY 6 FREE 1, tapi ada lagi yang tak kurang menjimatkan juga.

Pada yang rasa beli 6 tu terlalu banyak, boleh juga beli dua botol sahaja dengan harga diskaun 5%.

Harga runcit sebelum diskaun RM 136/botol. 

5% je? sikit sangat la..

Ish..nak banyak jadi la ahli, berpersen-persen korang boleh dapat. Haa..itulah untungnya jadi ahli.

Tengok, untung ke tidak?

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Wednesday 12 November 2014

Susu cantik eh?

Tiap-tiap pagi aku memang bawa bekal ESP shake ke ofis.
Ikutla, orange juice+ESP ke, Susu+ ESP ke atau Coklat + ESP ke..

Lil' Bunny pun dah tau dengan rutin ni.. 
'Nak buat susu eh Mommy?'
'Ha'ah..buat susu'
'Susu untuk cantik eh mommy'


Yelah..mommy memang cantik, bertambah cantik minum ESP ni, kan?
Pandai je budak tu..mana dia dengar aku cerita pasal ESP dan cantik ni pun tak taula..atau mungkin dia baca blog mommy dia, kat entry yang ini?

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Monday 10 November 2014

Drama Syahdu Di Awal Pagi...

Kisah semalam...

Masuk minggu ni, dah 3 kali si Lil'Bunny terjaga bila aku hantar dia ke bilik mama. 

Kebiasaannya, 2 minggu sekali aku dengan DZ gi pasar borong...err..itupun ikutlah, kalau mampu terjaga jam 5pg..sebab kadang2 terjaga tapi hati berat je nak bangun..haha..

Sebelum2 ni, memang dia nyenyak tidur, angkat pun tak sedar tapi tah kenapa baru2 ni, memang senang je dia terjaga..menangis2 tak nak tinggal..(tau pulak tu mommy bukan nak gi kerja, kalau gi kerja ok je, siap suruh mommy pergi lagi!)

Sudahnya, aku bawak juga dia. Pakaikan baju dua lapis, siap berlengan panjang. Dia pulak riang-ria je, ingat nak gi jalan.. tak tau ko nak, kat luar tu gelap gelita lagi!

Keluar rumah, dia nampak bintang2 kat langit...

'waa...ada star! Look mommy..star!!'

Kagum sangat dia dengan star..

Dekat pasar, berdukung la, kan..nasib baik lah nak dukung dengan ayah.. 

Through the end, dah letih agaknya..mula merengek.. nak mommy dukung.. 

Ok la..nak balik dah kan.

Dalam kereta dia dah menung...mengantuk la tu... 
Hampir sampai rumah dia terlelap..betul2 dekat traffic light nak masuk ke rumah..

Sampai depan pagar, dia terjaga..mula menangis, tak nak balik!

Aduss..

Menangis2 dalam kereta..nak pergi jalan! nak pergi jalan! 
Sampai duduk kat tempat kaki..

Ok, kasi chance, kita round kedai kat area rumah ni je lah..

Belikan roti bun seketul, dah jom balik!

Sampai je kat rumah, menangis balik..nak gi jalan!

Bawa je dia keluar kereta, dia berlari masuk bawah porch, duduk hentak2 kaki..
Aku pujuk2..taknak..dia bangun, pergi ke luar, tuju kereta.. 
Aku ikut...dia lari lagi.. dah macam main polis sentri pulak..hahah!

Tuu dia...sayup2 di balik tiang..


Kesian...kelakar pun ada...mesti dia ingat nak gi jalan tgk elephant lagi kot..sebab baju yang dia pakai tu baju gi zoo hari tu..(dah basuh okey!)






Saturday 8 November 2014

Alamak! Jerawat!

Nak kulit cantik, tak cukup dengan guna produk penjagaan kulit yang mahal2 atau produk yang guna duta cun. Badan yang sihat juga membantu kulit yang cantik. Pemakanan yang seimbang pun main peranan juga. Bila badan sihat, kulit pun sihat la juga. 

Hormon yang stabil juga penting untuk kulit yang cantik. Biasanya kalau cerita pasal kulit cantik, mestilah pada muka kan. 


Photo credit to Health.Org


Hormon yang tak stabil menjadi salah satu punca jerawat berkembang-biak. Remaja ialah golongan yang paling banyak mengalami masalah ketidakseimbangan hormon ni, maklumlah, nak membesar kan. Tapi, orang dewasa juga tak terkecuali, ye. 

Pertumbuhan jerawat berpunca dari pengeluaran hormon androgen yang menghasilkan sebum yang akhirnya terkumpul dan menyumbat liang roma. Ini mengakibatkan sel kulit mati dan liang roma dijangkiti bakteria.

Golongan dewasa, terutama wanita akan mengalami gangguan hormon bila:

1. PMS
2. Pra-menopause dan post menopause
3. Hamil

Bagaimana GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon?





1. Mengandungi Gamma Linolic Acid, sejenis fatty acid Omega 6 yang berfungsi menstabilkan hormon.
2. Membantu menurunkan trigliceride, iaitu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Apa lagi manfaat yang terdapat dalam GLA Complex

1. Mengandungi Vitamin E yang membantu menghilangkan parut dan jeragat serta melambatkan proses penuaan.
2. Membantu mengatur kitaran haid
3. Membantu menangani ekzema

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Dos Vitamin C Yang Di Perlukan

Kongsi sikit pasal vitamin C

Vitamin C atau ascorbic acid adalah penting dalam pencegahan dan merawat selsema. 
Pada zaman dahulu, vitamin C digunakan untuk mencegah penyakit scurvi dikalangan pelayar. Pada masa itu, vitamin C didapati melalui sayuran dan buah-buahan, jadi bila mereka belayar terlalu lama dan bekalan buah-buahan menyusut, penyakit scurvi pun datang menyerang.

Skurvi menyebabkan sendi dan otot terasa sakit, keletihan, otot terasa lemah, ruam pada kaki dan juga gusi berdarah.



Sumber utama vitamin C yang paling bagus adalah buah-buah sitrus segar dan juga sayuran.
Berapa banyak buah sitrus segar yang diperlukan untuk mencukupkan dos harian kita eh?

Jus oren segar yang diperah adalah lebih baik dari jus oren yang di beli dari pasaraya. of course, semua orang tau tu, kan. Jus yang segar perlu di minum dalam masa satu minggu untuk dapat semua khasiatnya. Lebih dari seminggu, khasiat dah tak dak.

Dos vitamin C yang terdapat dalam buah/sayuran

Menurut World Health Organisation (WHO), 400g buah dan sayuran setiap hari atau 5 hidangan sehari, seperti yang dicadangkan oleh kebanyakan negara hanya memberi 20-30mg Vitamin C.


Cadangan keperluan Vitamin C oleh beberapa negara yang berlainan

Berapa miligram Vitamin C yang terdapat dalam Vitamin C Shaklee?


Satu tablet=500mg = 7.5 biji buah oren!

Dah lebih dari cukup.. Oh..dos pengambilan vitamin C disarankan tidak melebihi 2000mg setiap hari ye.


Sumber:

1. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1001-vitamin%20c%20(ascorbic%20acid).aspx?activeingredientid=1001&activeingredientname=vitamin%20c%20(ascorbic%20acid)

2. http://www.your-antioxidant-guide.com/vitamin-c-dosage.html

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Dari Nokia ke Samsung...

Budak-budak...

Memang selalu tiru apa yang orang dewasa buat...

Jadi, jaga kelakuan/percakapan bila depan anak-anak..eh..bukan depan anak-anak je.. bila-bila masa pun..

Kisah telefon..



Telefon pertama masa umur Lil' Bunny setahun - beli di Tesco, harga RM 12.90
Kalau handphone sebenar, ala-ala nokia model lama yang besar gedabak la..
Fungsi: lagu2, ada sora sebut 1 hingga 0

Telefon kedua, beli masa Hari Raya Haji baru2 ni.. kat Mydin. Harga RM 10. Beli sebab sementara ayah cari kopiah, si kecik dah aim satu doll. Jadi, cepat2 la sambar handphone yang ni dari dia ambil doll yang bakal jadi OKU dalam masa sehari-dua. (Kalau tak hilang tangan, patah kaki). 

Kalau handphone sebenar, model yang ni boleh di samakan dengan Ericsson T-10 la..main flip2.
Fungsi: lagu2 sahaja..lagu yang sama sampai terngiang2 di telinga.. haish!

Telefon ketiga, beli bulan lepas di...Kedai RM 2. Harga, mestilah dua ringgit, kan..
Ala-ala telefon samsung la, dengan gambar macam-macam apps..

Yang bestnya..si Lil'Bunny tengah dok main masak-masak, tiba2 dia lari ambil telefon ni..
'Eh, nak main fesbuk kejap la'..

Ternganga ammak dengar, hoke.

Bijak..bijak bebudak sekarang ni...








Cobaan..!!

Orang kata, orang yang bertunang ni darahnya manis, macam2 dugaan dan cubaan yang akan datang sepanjang tempoh bertunang.

Tak tau la apa kaitan darah manis dengan dugaan tu..

Tapi, nampaknya bukan orang yang bertunang tu je yang di duga..bapak orang bertunang pun kena duga ni...memang cobaan betul!

Ni hah, Ahad lepas, masa aku syiok2 kat Taiping, papa antar gambar..




'Alamak!!Jatuh..tok buat' Kata Lil'Bunny

Tu dia..tembok batu rumah kitorang tumbang. Bukan runtuh, tapi tumbang.  Malam sebelumnya hujan lebat, tanah runtuh kecil-kecilan kekdahnya..





Dahla beberapa minggu lagi nak buat majlis kenduri kahwin adik. Papa pulak baru je selesai mengecat rumah..datang pula kerja lain.. 






Friday 7 November 2014

Tengok! Ini Kandungan Omega Guard Shaklee..

Saja nak share..

Ni kandungan dalam OMEGA GUARD Shaklee..


Tak banyak pun bahannya..

Minyak ikan ni di isi dalam soft gel yang dibuat dari bovine gelatine, supaya senang nak telan.


Oh, Bovine tu dari lembu ye, jangan ingat si oink! oink! pulak.

Kalau oink! oink! tu dipanggil Porcine.



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget