MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Thursday, 16 October 2014

Takutlah nak ambil supplement, tengah menyusukan baby lagi ni.

Ada ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi merasa agak ragu-ragu untuk mengambil vitamin atau supplement ketika dalam tempoh berpantang dan menyusu. Khuatir dengan kesan vitamin ke atas bayi yang di susukan. 

Soalan saya senang je.

Makanan yang ibu-ibu ambil ada khasiat tak? Contohnya, ibu2 makan nasi lauk ikan dan sayur. Dalam ikan tu ada sumber protein kan? Dalam sayur tu ada khasiat tak? Ada kesan kat baby tak?

Sekiranya ibu-ibu semua mengamalkan diet yang seimbang, itu pun dah cukup. Supplemen hanya untuk melengkapkan mana2 vitamin atau mineral yang tak cukup dalam badan. Ingat tu.

Macam tu juga dengan vitamin dan supplemen, cuma ianya dihasilkan dalam bentuk yang mudah. Jadi, tak perlu la setiap kali makan nak kena kira berapa ekor ayam nak kena ambil sebab nak cukupkan protein atau nak kena makan 7.5 biji buah oren sebab nak dapatkan 500gm Vitamin C :)

Kalau ubat, ya, pasti ada kesan pada bayi. Tapi harus juga di ingat, BUKAN SEMUA jenis vitamin atau supplemen sesuai dimakan ketika menyusukan bayi ye! Yang tu hangpa kena check satu-satu la na.

Check dengan sapa? Dengan doktor hangpa la.. pis!

P/s: Lepas bersalin dulu doktor bagi Vitamin C dengan B Complex :) 

Sumber bacaan dari sini:
1. http://www.babymed.com/breastfeeding/herbs-supplements-and-breastfeeding
2. http://kellymom.com/nutrition/vitamins/mom-vitamins/

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Wednesday, 15 October 2014

Construction Anak-Beranak..

Ayahanda saya memang seorang engineer yang hebat!!
Sapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri kan...hehe...

Dah lama dia cerita nak extend porch. Nak buat bumbung macm ni, nak buat lantai macam gitu, bla..bla..bla..

Construction drawing? Dalam kepala beliau je..beliau sorang je berapa banyak barang nak pakai, apa material, ukuran semua..huhu...

Construction in progress...










Inilah hasilnya lepas 4 bulan bekerja seorang diri (anak2 & menantu bantu on-off). My mom bantu pegang tangga, hulur genting nak pasang atap tu. Ini la namanya construction anak-beranak!





Minat mengatasi segalanya, dalam usia 65 tahun, gigih lagi bertukang. 
Walaupun kaki pernah patah 5, pernah dipasang besi selama lebih 2 tahun, jalan bertongkat, itu semua tak jadi hal. Semangat tuh..semangat yang penting!


And..

This is the man behind these scene..




** Abaikan watermark yang berterabur tu ye.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Tuesday, 14 October 2014

Kitaran Tak Sempurna Mengganggu Kesuburan

Nak sambung pasal SET KESUBURAN SHAKLEE

Antara punca di pihak wanita ialah--> HAID TIDAK TERATUR/TERGANGGU


Bagi wanita yang mengalami masalah haid tidak teratur, disarankan untuk mengambil GLA Complex sebiji sehari untuk membantu seimbangkan kembali hormon dan mendapatkan haid yang teratur. 


Dos boleh ditambah ke 2 biji sehari sekiranya tiada perubahan dalam masa 2 minggu. 2 biji ini diambil selang 12 jam,  selepas sarapan dan selepas makan malam.

Bila haid sudah teratur, hanya perlu makan GLA sebiji sehari dari hari pertama haid sehingga ke waktu subur.

Tak pasti dengan Set Kesuburan yang mana yang perlu di ambil? Itu bergantung pada masalah yang di hadapi.Seperti yang diketahui, banyak faktor yang boleh mengakibatkan masalah kesuburan ini terjadi.



Untuk yang mengambil Set Kesuburan Asas, berikut adalah ringkasan cara pengambilan supplemen tersebut.


Ringkasan cara makan:

Zinc: Sebelum sarapan – makanan yang mengandungi pythates (dlm kebanyakan roti, bijirin, gandum) menghalang penyerapan zinc dlm usus.

GLA :  Sebiji selepas sarapan/makan malam 

B-Complex: Sebiji selepas sarapan – Larut air, minum air bnyk, sekurangnya 250ml (separuh botol mineral kecik)

Vita. E Complex: Sebiji selepas lunch

Set Kesuburan Premium mempunya tambahan Vita-Lea Multivitamin dan juga Alfalfa.

Cara Pengambilan:

Alfalfa: 3 biji selepas sarapan.
Vitalea: Sebiji selepas makan tengahari


Bagi yang pernah mengalami keguguran, disarankan mengambil ESP sebagai tambahan kerana ESP membantu membina sel2 otot dan membantu menguatkan rahim.

Cara pengambilan:

ESP: 1 sudu 2 atau 3 kali sehari.


** Dapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesuburan atau menambi sebarang ubat.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Monday, 13 October 2014

Dah kahwin? Tahniah! Bila nak dapat anak?? Err....


Setiap pasangan yang berkahwin pasti mahukan zuriat, kan?

Kegagalan mendapatkan zuriat boleh mendatangkan masalah yang serius, bukan sahaja melibatkan suami isteri, lebih memburukkan keadaan bila keluarga campur tangan. Boleh sampai bercerai-berai jadinya.





Punca Wanita Tidak Subur

* Hormon tidak seimbang yang menganggu penghasilan telur (proses ovulasi).
* Kehadiran cyst atau ketumbuhan yang menghalang perjalanan ovum ke uterus.
* Penyakit kelamin
* Penyakit berkaitan pelvik
* Merokok
* Terlalu gemuk atau kurus
* Umur
* Tekanan Perasaan
* Terdedah kepada punca radiasi
* Terdedah kepada pencemaran/racun

Punca Lelaki Tidak Subur

* Bilangan sperma yang sedikit
* Sperma kurang cergas
* Sperma tidak sempurna
* Tekanan Perasaan
* Terdedah kepada punca radiasi
* Terdedah kepada pencemaran/racun

Pengambilan Vitamin yang boleh meningkatkan kesuburan:

Wanita:

B-Complex : Meredakan stress dan membantu stabilkan hormon
GLA Complex : Meningkatkan kesuburan dan membantu mengatur kitaran haid.
ESP: Membantu pembentukan sel
Alfalfa: Membantu mengurangkan keputihan
Vitalea: Meningkatkan tahap kesihatan


Lelaki:

Zinc: Membantu meningkatkan tahap testeron dan sperma
Vitamin E: Membantu menstabilkan hormon reproduktif lelaki
B-ComplexMeredakan stress dan membantu stabilkan hormon


Click to enlarge


** Dapatkan nasihat doktor dahulu sekiranya ingin mendapatkan rawatan kesuburan atau menambi sebarang ubat.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny



Friday, 10 October 2014

Testimoni: Mencegah lebih baik dari merawat

Dah lama tak bersiaran kan?

Sejak cuti Raya Haji hari tu, memang sibuk sangat. 

Hari ni kita bersiaran balik..eh dah tak sibuk? Sibuk juga..cari la sesikit masa, kalau tak berhabuk la blog..(Read: poket pun berabuk la..order tak masuk nanti..hihi)

Cerita pasal testimoni Meal Shake la hari ni..


Bila anak kerap demam selsema, lepas tu berjangkit pulak dengan si adik, ibu mana yang tak letih, kan? Bila sakit, pergi klinik, ambil ubat. Makan ubat selalu pun tak elok juga, kan? 

Apa Puan Maiza Mazni buat ialah, beri anaknya Meal Shake. Barulah tak kerap demam selsema. Sikit2 je la, tak lama terus sihat. Selera makan pun bertambah.

Prevention is better than cure, jadi, lebih baik kekalkan kesihatan anak, sebelum penyakit datang menyerang.


Macam mana caranya? Meal Shake lah! 

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Friday, 3 October 2014

Tingkatkan pendapatan bukan hanya setakat 20 sen!

Isu semasa untuk minggu ni dan juga mungkin untuk minggu-minggu akan datang ialah pengurangan subsidi petrol sebanyak 20 sen.

Ada pihak yang memujuk diri sendiri ( I guess) dengan mengatakan tak terkesan pun dengan kenaikan sebanyak 20 sen tu. Tapi yang pasti raaaamaai yang akan terkesan dengan harga petrol yang terbaru ni. Dari RM 2.10 seliter ke RM 2.30 SATU LITER. SATU LITER YE, BUKAN ISI RM 50 RINGGIT TAMBAH 20 SEN :)

Tak kurang juga ramai yang merungut gaji yang ada tu cukup2 makan je anak-beranak, kena pula buat 2-3 kerja sampingan.

Bagi yang masih tercari-cari pendapatan sampingan, apa kata join keluarga besar Shaklee. Dengan RM75 untuk pendaftaran seumur hidup, korang akan di beri satu kit permulaan untuk memulakan bisnes Shaklee yang semudah ABCD, tak lupa juga pada diskaun pembelian lebih 20% ke atas barangan Shaklee 



Tak pandai dan tak tau macam mana nak mula? Jangan risau, tunjuk ajar akan di beri. Yang penting fokus dan usaha.

Apa tunggu lagi, ambil peluang ini untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup anda!


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Wednesday, 1 October 2014

PROMOSI ESP KEMBALI!!

Dia datang lagi!!!

Apa dia??

Dia  lah... ESP yang sentiasa jadi pilihan ramai, antara produk Shaklee yang terlaris..


Retail price: RM 150.
Nak lagi murah, jom jadi ahli. 

Dengan pembelian promosi bulan ni, boleh dapat KEAHLIAN SECARA PERCUMA ditambah lagi dengan CASH REBATE sebanyak RM 35++.. 

Dah jadi ahli, dah tentulah vitamin dan supplement yang lain pun boleh dibeli dengan harga ahli, kan..

Apa tunggu lagi, JOM!

Nak beli sebotol? Boleh juga.

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget