MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday, 16 August 2014

Damage Control: Boikot ke tidak?


Tak habis lagi isu Shaklee, Israel & Boikot.

Sebenarnya aku malas nak layan soalan2 ni. Ikut rasa aku, sukati koranglah..
Bila dijawab kang dikata defensive pulak. Tapi korang gak yang tanya kan.

Isu terbaru, pasal Roger Barnett, CEO Shaklee yang menjadi salah seorang BOD untuk persatuan kebajikan yang diakatakan menyumbang kepada Israel.

Rakyat Malaysia, memang pantang kalau dapat statement macam ni..apa lagi..jom angkat sepanduk!! 

Jom Boikot Shaklee!!!

Kenyataan tanpa usul periksa ni yang bahaya, tak pasal2 korang yang sebar dapat dosa fitnah.

Shaklee adalah syarikat yang tidak menyumbang kepada Israel.

Ini adalah terang dan jelas kerana ia tidak disenaraikan dalam mana2 senarai syarikat yang menyumbang kepada Israel. (Kan banyak tersebar gambar produk2 yang menyumbang ke dana ISrael tu..ada nampak logo Shaklee kat situ??

Shaklee sendiri mengeluarkan statement untuk menjelaskan kedudukan syarikat.

Dalam isu sumbangan kepada Kenesth Israel, sumbangan tersebut adalah daripada individu, bukan syarikat. Rujuk kenyataan rasmi dari Shaklee. Boleh juga rujuk kepada entri ini.



Roger Barnett, sebagai seorang individu adalah berhak memilih untuk menyertai mana-mana pertubuhan atau syarikat yang menawarkan beliau jawatan sebagai BOD.

Perlu diingatkan disini, beliaut bukan founder Shaklee, beliau hanya ‘bekerja’ dan mendapat bayaran sebagai CEO.

Tapi, Founder Shaklee Yahudi.. Jom Boikot!!

So what? Mark Zuckerberg tu Melayu Islam ke? Korang dok ngadap Facebook gak hari2? Sebar kisah boikot ni pun guna FB gak?

Ooo..si Mark tak menyumbang kepada Israel, dia bukan Zionis? Mana korang tau?

Contoh lain paling senang, korang bekerja dengan syarikat multinasional dari US, misalnya dan korang tau company korang tak menyumbang pun pada Israel TAPI one of BOD korang juga dilantik sebagai BOD kepada pertubuhan  Israel. Apa cer?

Benda mudah je, jika Roger Barnett menyumbang kepada pertubuhan untuk agamanya, bangsanya, lihat diri korang pula, berapa banyak sumbangan yang korang dah berikan pada pertubuhan Islam di Malaysia? Berapa banyak pula sumbangan korang kepada tabung2 kemanusian Gaza, Syria, Myanmar dll?

Strategi Pesaing
Melihat dari sudut persaingan, isu ini boleh dijadikan sebagai usaha untuk menjatuhkan Shaklee oleh pesaing (terutama oleh Melayu yang menjual produk tempatan).
Bukan sekali aku tengok pesaing dari kelompok ini cuba menjadikan isu halal-haram sebagai usaha menjatuhkan sesuatu produk keluaran asing.
Boleh lihat Sijil Halal Shaklee oleh badan yang diperakui oleh Jakim.


Link di sini.

Aku melihat boikot dari sudut, manfaat, jika benda yang nak diboikot itu memang benda2 yang tak mendatangkan manfaat (cth. Mc’D- makanan segera yang tak sihat) tak ada masalah nak boikot pun kan.

Perlu diingat juga, bukan semua Yahudi menyokong Zionist! Perlu tau apa beza Yahudi & Zionis. Korang boleh google sendiri, masing2 kibod warrior kan?

Shaklee bermanfaat?

Sebelum ni korang pernah cuba produk/supplement Shaklee?
Korang boleh rasa perbezaan bila ambil vs tak ambil produk Shaklee?

Bukan sikit yang kata produk Shaklee ni sampah la, dedak la, tapi diri sendiri yang mengata tu pun  tak pernah gunapakai produk tersebut. Tak pernah pun rasa beza sebelum & selepas.

Aku guna dan aku rasa perbezaannya sebelum dan selepas guna. Ramai sebenarnya yang rasa perbezaan yang ketara dengan produk ni. Itu antara sebab aku terus kongsi dengan orang lain.


Terpulang pada korang nak boikot atau tak. Aku tak paksa.
Tapi kalau korang rasa nak tau cemana rasa beza sebelum & sesudah guna produk Shaklee ni. Boleh  contact aku..hehe Chills!


*Amacam? Defensive tak jawapan aku? Bhahah…


**Update: Video pengakuan Roger Barnett  ni fresh dari member aku a.k.a Upline aku yang sekarang tgh bercuti2 di Long Beach California, US atas tajaan Shaklee.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

No comments:

Post a Comment

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget