MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday, 20 June 2015

Lidah Terjelir Akibat Puasa..

Hari pertama puasa, pada kebiasaannya memang meletihkan.
Mana taknya, dah 335 hari asyik makan, makan dan makan, tiba-tiba berpuasa, memang la terasa. Tapi bila dah masuk hari ke-3, rasanya dah ok kot.

Semoga semua sahabat2 dan pengguna-pengguna Shaklee berpuasa dengan lancar.

Harap takde yang jadi macam  Cik Meow ni..
Kakak ipar saya cakap dia jadi camtu sebab tak minum PD...hihi...



Untuk anda yang tak tau lagi, PD atau Performance Drink memang membantu dalam mengatasi keletihan akibat kekurangan air.

Harga Runcit: RM 87.45
Diskaun 20% bila membeli dengan harga ahli serta dapatkan sebotol VITA_LEA Multivitamin secara PERCUMA. Caranya? KLIK SINI
*Promosi Keahlian ini sehingga bulan Oktober 2015

Shaklee Performance® terbukti secara klinikal untuk menyokong tahap hidrasi berbanding air. Tambahan pula, Performance mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi yang lain.
Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dengan campuran unik karbohidrat kami dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.

Terbukti secara klinikal

• Mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi
• Memberikan spektrum elektrolit yang menyeluruh termasuk kalsium dan magnesium (bukan untuk jenama unggul)
• Memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.
Nak cergas tanpa terasa lapar boleh ambil Performance Drink ni bersama-sama ESP dan Meal Shakes ketika sahur.
Untuk penjimatan yang lebih, boleh daftar sebagai ahli dengan hanya RM 79 (all in) dan anda akan dapat membeli dengan harga ahli serta bonus. Untuk pendaftaran pada bulan ini juga akan mendapat PERCUMA sebotol Vita-Lea Multivitamin. Untung, kan?

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Thursday, 18 June 2015

TIPS: Pengambilan Supplement di Bulan Puasa

Tak tau bila masa yang sesuai untuk ambil supplement ketika bulan puasa?

Mari saya kongsikan tips ni.

Waktu sahur: Vita-Lea Multivitamin, B. Complex, Vitamin C, Omega Guard, ESP, Performance Drink, Vivix, Alfalfa

Selepas berbuka: Zinc, Vitamin E,  Peppermint Ginger, Performance Drink, Omega Guard

Sebelum tidur: Ostematrix, Alfalfa

Senarai di atas bergantung kepada jenis supplement yang anda ambil ye. Tak bermaknan waktu sahur tu kena telan semua supplement yang dalam senarai tu. Takut orang salah faham pulak.

Selamat Berpuasa !

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Friday, 12 June 2015

Hukum Minyak Ikan Yang Diproses

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Minyak Ikan Yang Diproses Tanpa Dibuang Perut Atau Najisnya. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

1.     Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa kandungan isi perut ikan adalah antara hukum yang tidak disebut secara jelas mengenainya sama ada dalam al-Quran ataupun Sunnah Rasulullah SAW. Ibn Hajar, Ziyad, al-Ramli dan lain-lain telah bersepakat bahawa apa-apa yang ada dalam perut ikan yang kecil sama ada darah atau najis adalah suci dan boleh dimakan serta tidak dianggap najis, bahkan al-Ramli berpendapat, hukum tersebut berlaku juga kepada ikan yang besar.
 
2.     Sekiranya ia dihukum bersih, syarak menetapkan hukum memakannya bergantung pula pada pandangan pakar perubatan yang dipercayai sama ada ia boleh memudaratkan ataupun tidak. Sekiranya mudarat maka tidak boleh dimakan kerana memberi kesan pada kesihatan, begitulah sebaliknya.
 

3.     Sehubungan itu, berdasarkan masyaqqah yang perlu dihadapi untuk memproses ikan dalam kuantiti yang banyak sehingga terlalu sukar untuk dibuang kandungan isi perut ikan satu persatu, dan realiti semasa industri komersil pemprosesan minyak ikan pada masa ini yang perlu mematuhi standard dan piawaian yang ketat bagi memastikan ianya bersih dan selamat digunakan, serta dengan mengambilkira kepentingan, manfaat dan kegunaan minyak ikan kepada kesihatan manusia, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa minyak ikan yang diproses secara komersial dalam kuantiti yang  melibatkan beribu-ribu tan ikan tanpa dibuang perut atau najisnya adalah suci dan halal dimakan.

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Hukum Gelatin Dalam Ubat


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24 - 25 September 1984 telah membincangkan Gelatin Dalam Ubat. Muzakarah telah memutuskan bahawa penggunaan gelatin dalam ubat pada masa sekarang adalah diharuskan kerana dharurat. Sekiranya telah ada bahan halal yang dapat menahan ubat dari cepat rosak, maka penggunaan gelatin dalam ubat tidaklah lagi diharuskan.


Keterangan/Hujah: 

Gelatin ialah sejenis protein terbitan yang larut dalam air, dihasilkan menerusi proses hidrolisis separa ke atascollegen. Collegen ialah unsur protein yang terdapat dalam tisu-tisu konektif haiwan. Kulit babi, kulit lembu, urat-urat dan tulang binatang merupakan bahan mentah utama untuk menghasilkan gelatin.

Menurut Encyclopedia Of Chemical Technologi, (Edisi Ke-2, Vol.10, 1960) kebanyakan gelatin jenis A (proses asid) yang dikeluarkan di Amerika Syarikat diperbuat daripada kulit babi. Di Eropah kulit anak lembu dan tulang lembu merupakan bahan mentah utama. Penggunaan kulit babi semakin meningkat kerana proses pengeluaran gelatin darinya lebih cepat.

Pada masa ini kapsul yang terdapat di pasaran atau di hospital dan klinik-klinik kerajaan adalah diperbuat daripada campuran bahan gelatin yang diimport dari luar Negara yang digunakan sebagai bahan untuk menahan ubat dari rosak.

Didalam mesyuarat kali ke-5 Jawatakuasa Mengkaji Bahan Makanan dan Gunaan Orang Islam, Pusat Penyelidikan Islam, Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ugama) pada 11 November 1982 telah diputuskan bahawa:

“Gelatin adalah sejenis bahan yang diperbuat daripada berbagai jenis haiwan seperti babi, lembu dan sebagainya. Oleh kerana bahan tersebut pada masa ini diperbuat diluar negeri iaitu yang tidak diketahui sama ada dari babi, bangkai binatang yang halal dan sebagainya, maka kedudukanya adalah diragui. Mengikut hukum syarak jika sekiranya satusatu perkara itu diragui samaada halal atau haram maka ianya terjatuh dalam perkara syubahat makan hukumnya adalah haram”.

Menurut Jumhur Ulama’, penggunaan bahan-bahan yang haram atau yang bercampur dengan najis untuk tujuan perubatan adalah haram. Walaubagaimanapun menggunakan ubat dari benda yang najis selain dari benda yang memabukkan dalam keadaan dharurat adalah harus sebagaimana pendapat Ibnu Ruslan (Mazhab Shafie) dalam Kitab Sunan Abi Daud. Pendapat ini berlandaskan kepada Hadith al-‘Urniyyin yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w. menyuruh Sahabat meminum air kencing unta membuat ubat. Hadith ini merupakan kebenaran khas dimana umumnya adalah diharamkan berubat dengan benda yang haram kecuali sekiranya dharurat di mana tiada bahan lain yang boleh menggantikannya.


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Betul ke sumber Taurine dari babi?

Apa itu Taurine?
Taurine atau Taurina ialah sejenis sulfur yang mengandungi asid amino tetapi tidak mengandungi protein, seperti asid amino yang lain.
Orang dewasa mampu mendapatkan taurine dari asid amino yang ada di dalam tubuh, manakala bayi yang baru lahir tidak boleh menghasilkannya dan memerlukan dietary tambahan.
Oh, asal perkataan taurine ialah dari perkataan latin - taurus, yang bermaksud lembu kerana taurine yang pertama di hasilkan dari hempedu lembu oleh Friedrich Tiedemann and Leopold Gmelin,iaitu saintis Jerman pada tahun 1827 
Sumber Taurine:
Ikan
Ikan mengandungi taurine yang sangat tinggi. Ikan-Kucing, boleh relate tak kenapa kucing makan ikan?
Antara ikan yang mengandungi taurine yang tinggi ialah mackerel dan salmon.
Daging
Daging adalah salah satu sumber taurine. Daging lembu yang dibuang tulang mengandungi kira-kira 197 mg taurine setiap sekilogram (berat kering) manakala hati lembu mengandungi 2.359 g taurine/kg (berat kering). Lamb: 3.676 g taurine dan hati ayam mengandungi 6.763 gram taurine.
Susu Ibu
Susu ibu adalah sumber taurine yang terbaik bagi bayi. Kandungan taurine adalah amat tinggi di dalam klostrum (susu awal) dan berkurangan bila tempoh bersalin sudah mencecah 30 hari. Masa tu dah tak dipanggil susu awal lagi ye. Sebab itu kolostrum di panggil susu emas dan sangat berkhasiat untuk bayi.
Taurine sangat penting untuk pertumbuhan mata dan otak bayi.
Setakat carian saya di internet tak terjumpa sumber taurine dari babi!
Andai ada yang terjumpa link tentang sumber taurine selain dari yang di sebut di atas, bolehkah kongsi sesama kita ye. 
Nanti2 kita share pula kebaikan dan keburukan taurine ni ye.

Sumber: http://www.livestrong.com/article/157099-what-foods-contain-taurine/


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Thursday, 11 June 2015

Supplement untuk Gastritis

Vitamin/Supplement yang sesuai di ambil untuk mengelakkan Gastritis

B-Complex

Mengandungi pelbagai vitamin B yang diperlukan oleh badan termasuk vitamin B12.

ESP


Mengandungi protein yang membantu memulihkan sel2  perut yang rosak.

Vita-Lea Multivitamin


Mengandungi Vitamin A, C, K, zat besi dan kalsium yang membantu menyembuhkan gastritis.

Meal Shakes


Mengandungi protein yang membantu memulihkan sel2 perut yang rosak disamping mengelakkan rasa lapar ketika berpuasa.



Sumber: http://www.livestrong.com/article/282955-foods-that-heal-ulcers-and-gastritis/

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Tips: Elakkan Gastritis ketika Puasa

Tips Mengelakkan Gastritis di Bulan Puasa

Ini antara tips yang boleh diamalkan bagi mengelak gastritis ketika puasa
1. Makan secara sederhana.

2. Minum air yang banyak sebelum makan makanan yang berat

3. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang merah, bawang putih, pedas dan       berlemak

4. Jangan makan ketika hamper tidur

5. Elakkan minuman berkarbonat dan berkafein.


*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Gastrik atau Gastritis?

Penyakit biasa yang tiba-tiba jadi sebutan berulang-kali tiap kali Ramadhan menjelma ialah : GASTRIK

Gastrik ataupun istilah yang betul Gastric Acid adalah cecair penghadaman di dalam perut, yang berfungsi untuk proses  penghadaman (of course lah kan).

Gastric Acid dihasilkan oleh sel-sel yang melapisi dinding perut yang menghasilkan asid apabila diperlukan.

Gastritis?



Ini lah sebenarnya istilah yang betul  bagi penyakit perut yang satu ni.
Gastritis ialah keradangan, kesakitan ataupun hakisan kepada lapisan  dinding perut.




Gastritis boleh terjadi akibat:

1. Penggunaan Alkohol yang berlebihan- NO-NO-No to all muslim ye!
2. Muntah yang teruk
3. Stress
4. Penggunaan ubat
5. Tabiat pemakanan
6. Bakteria yang hidup di dalam mucus di lapisan perut, H. Pylori, namanya. Jika tidak 
        dirawat akan menyebabkan ulser, lebih parah, kanser perut.
7. Pembentukan sejenis anemia apabila perut kekurangan sumber untuk menghadam dan         menyerap Vitamin B12.
8. Bile reflux ( refleksi hempedu) – pengaliran semula cecair hempedu ke perut daripada         saluran hempedu.
9. Jangkitan kuman dan bacteria.

Bagaimana mengatasi gastritis:

1. Pengambilan antacid untuk mengurangkan penhasilan asid perut.
2. Elakkan makanan pedas dan berlemak
3. Bagi serangan akibat anemia, Vitamin B12 diperlukan.


Sumber:  http://www.webmd.com/digestive-disorders/digestive-diseases-gastritis

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Tuesday, 2 June 2015

Item Terhangat Menjelang Ramadhan

Tak lama lagi dah masuk Ramadhan, yup, bulan puasa.

Tau tak apa item Shaklee yang jadi 'hot' item menjelang bulan puasa?

Yep!

SET 3 GEMS


1. ESP - (KURANG RASA LAPAR)

ESP atau Energizing Soy Protein, berperasa vanilla mengandungi protein yang membantu membina otot dan mencegah rasa lapar. 

* Non GMO Soy Protein
* Indeks glisemik yg rendah, membuat lebih bertenaga dan kenyang lebih lama
* Mengatasi masalah Gastrik
* Ia adalah MILK BOOSTER yang mengurangkan masalah susu merudum
* Memberi kulit yang lebih berseri, tegang dan anjal

2. PERFORMANCE DRINK -(KURANG RASA HAUS)

*mengekalkan kandungan air dalam badan
* Mencegah HIDRASI kerana mengandungi imbangan elektrolit 
* Membekalkan 3 jenis karbohidrat untuk tenaga.

3. MEAL SHAKES (KURANG RASA LETIH)

* Mengandungi 19 Vitamin, galian, serat dan protein
* Mengenyangkan dan memberi tenaga
* Mengurangkan sembelit
* Berperasa Vanilla

Harga Runcit: RM 367/set

Untuk penjimatan yang lebih, boleh daftar sebagai ahli dengan hanya RM 79 (all in) dan anda akan dapat membeli dengan harga ahli serta bonus. Untuk pendaftaran pada bulan ini sehingga Oktober 2015, juga akan mendapat PERCUMA sebotol Vita-Lea Multivitamin. Untung, kan? 

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

PENGEDAR SAH SHAKLEE SIMPANG PULAI, GOPENG, STATION 18, IPOH TOWN, BANDAR MERU RAYA, JELAPANG, SILIBIN

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

 

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget