Actually poskad ni dulu memang lah di letak kat photo holder, tapi bila si Lil' Bunny lahir, poskad ni turun pangkat, berdiri belakang gambar Lil' Bunny.
Sebenarnya, gambar kat poskad ni ialah hotel yang aku duduk masa 1st trip to France, tahun 2004. Hotel ni dekat sangat dengan ofis, ada la sepelaung kot.
Cantik kan? Hotel ni, hostellerie du Parc (Hotel Dalam Taman) sebenarnya sebuah banglo lama (Chateaux kata orang Peghanchis)..hmm..kalau tengok rupa sebenar macam seram pun ada, walaupun cantik, tapi seram...haha..
Masa check-in, bertuah gak la sebab boss kat Liancourt..err..ex-boss (baru pencen) yang tolong bawa untuk check-in, jadi urusan berjalan lancar. Korang jangan tak tau, sepatah haram bahasa inggeris dorang tak tau..ataupun sebenarnya tau tapi pura-pura tak tau!
Boss yang kat Malaysia cerita, masa dia pergi, check-in diri sendiri sebab takde sapa kat front door, hotel pun ada satu lampu suram je. Dia cuma nampak ada kunci tergantung kat belakang receptionist, ambil terus masuk bilik!
Lepas aku check-in, dia bagi 2 kunci. Satu untuk pintu utama, satu untuk bilik. Maknanya kalau pintu utama berkunci, pandai-pandailah ko buka sendiri.
Satu petang, aku terkena. Balik kerja, pintu berkunci. Confident je, ambil kunci, cuba buka. Tolak-tolak pintu tak boleh. Apa hal? Banyak kali cuba, pintu dahla besar gedabak..berpeluh-peluh walaupun cuaca sejuk (Musim luruh masa tu).
Sudahnya aku duduk kat meja kecil tepi rumah, ambil angin sambil tunggu orang datang. Sementara tu, selfie2 la dengan kamera digital pertama..handphone takde kamera masa tu.
Lebih kurang 6.30 ptg baru ada orang datang, dari rumah depan.. Oh, actually owner hotel tinggal seberang jalan je.. Senyum je dia tanya kat aku kenapa? Cakap umpama Timmy Time, sorang cakap bahasa kambing, sorang cakap bahasa itik.
Malam tu, aku rasa mcm sesak nafas, tak boleh gerak, aku cuba baca ayat tah pape lah yang aku ingat. Lepas tu aku terjaga.. aku tak tau sama ada mimpi ke apa..tapi yang pasti, gambar2 yang aku selfie masa kat tepi rumah semua tak jadi! Gelap! Hitam!
Hari yang lain pulak, aku balik malam, sebab ikut boss gi Beauvais, another town lebih kurang 38 km dari Liancourt. Bila masuk hotel, kat bawah je terang benderang, diner meriah dengan bunyi fork & knife berlaga pinggan. Aku tuju tangga.. tuuu dia...gelap amat. Feeling2 berani..(masa tu memang aku lebih berani berbanding sekarang), naik tangga, terus petik suis lampu tepi dinding. Terdetik dalam hati, ntah2 selama ni aku sorang je tidur kat situ..takde orang lain! Yang makan kat dining tu pedia? Oh, hotel ni agak terkenal dengan sajian ikan yang terbaik, jadi orang ramai datang untuk makan..Nom! Nom! Nom!
Walaupun macam seram, tapi aku suka tempat ni.. bila lagi nak fefeeling macam bangsawan duduk kat Chateaux, kan?
Rupa sebenar dia.. gambar tak berapa cun, 1st time pakai kamera digital, dan ter set pixel paling kecik! |
No comments:
Post a Comment