MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Thursday, 13 November 2014

Meriahnya makanan Laut..

Share sikit antara gambar2 hasil tangkapan tiap kali ke pasar borong..
Asyik terlupa je nak share..

Takkan tiap-tiap entry nak cerita pasal vitamin pulak, kan.. Reader pun bosan gak kan..








Meriah...kan?


Supplement ni ada ubat guna2 ke?

Huish..tajuk tak ingat punya..

Tengok ni...



2 botol ni bakal bertemu tuan barunya kejap lagi..

Sepatutnya semalam lagi dah jumpa tuan baru, tapi saya tak jumpa tuannya, maka berdiam la mereka ni dalam laci saya untuk sehari lagi..

Oh, bakal tuannya satu tempat kerja dengan saya, cuma department lain. 
Sebelum ni dia ambil vitamin yang beli kat farmasi je..taknak simpan stok, katanya.. Yela, sebotol Multi-Vitamin Shaklee ni, cukup untuk stok 4 BULAN!

Bila tiba-tiba kesihatan ayah dia merosot akibat diserang mild stroke, dia tanya , ada tak apa-apa supplement Shaklee yang boleh membantu.

Waktu tu, saya memang cadangkan dia bagi Multi-vitamin dan Omega, kebetulan pulak mak ayah dia tengah demam2 masa tu.

Terus dia ambil satu set Vita-Lea dan Omega.

Dua hari lepas tu, dia bagitau, memang nampak perubahan kat orang tua dia. Cepat je kebah dari demam dan dah ayah dia pun nampak sihat dari sebelum tu.

Vita-Lea kan membantu menambah tenaga..oh..ia juga mengandungi Zat Besi dan pelbagai vitamin dan mineral lain (sebab tu dipanggil Multi-vitamin).

Omega? Oh..Omega pula membantu meningkatkan sistem imun tubuh, menguatkan jantung serta fungsi otak selain membantu mengekalkan tekanan darah.


Mula-mula beli untuk mak ayah dia je, tak lama tu beli untuk diri sendiri.
Lepas 2 kali repeat order, terus jadi member!

Itu yang dikatakan, kalau guna Shaklee pertama kali, mesti terus jatuh cinta punya!

Eh..bulan ni kan ada offer OMEGA Guard.. Untunglah sapa yang beli bulan ni..

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bun



Double promotion di bulan Double 1 (11)!

Dah tengah bulan, baru teringat ada poster ni yang tak di upload ke blog...hihi..

Ni hah..bulan ni, Shaklee bukan je bagi promo BUY 6 FREE 1, tapi ada lagi yang tak kurang menjimatkan juga.

Pada yang rasa beli 6 tu terlalu banyak, boleh juga beli dua botol sahaja dengan harga diskaun 5%.

Harga runcit sebelum diskaun RM 136/botol. 

5% je? sikit sangat la..

Ish..nak banyak jadi la ahli, berpersen-persen korang boleh dapat. Haa..itulah untungnya jadi ahli.

Tengok, untung ke tidak?

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Wednesday, 12 November 2014

Susu cantik eh?

Tiap-tiap pagi aku memang bawa bekal ESP shake ke ofis.
Ikutla, orange juice+ESP ke, Susu+ ESP ke atau Coklat + ESP ke..

Lil' Bunny pun dah tau dengan rutin ni.. 
'Nak buat susu eh Mommy?'
'Ha'ah..buat susu'
'Susu untuk cantik eh mommy'


Yelah..mommy memang cantik, bertambah cantik minum ESP ni, kan?
Pandai je budak tu..mana dia dengar aku cerita pasal ESP dan cantik ni pun tak taula..atau mungkin dia baca blog mommy dia, kat entry yang ini?

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Monday, 10 November 2014

Drama Syahdu Di Awal Pagi...

Kisah semalam...

Masuk minggu ni, dah 3 kali si Lil'Bunny terjaga bila aku hantar dia ke bilik mama. 

Kebiasaannya, 2 minggu sekali aku dengan DZ gi pasar borong...err..itupun ikutlah, kalau mampu terjaga jam 5pg..sebab kadang2 terjaga tapi hati berat je nak bangun..haha..

Sebelum2 ni, memang dia nyenyak tidur, angkat pun tak sedar tapi tah kenapa baru2 ni, memang senang je dia terjaga..menangis2 tak nak tinggal..(tau pulak tu mommy bukan nak gi kerja, kalau gi kerja ok je, siap suruh mommy pergi lagi!)

Sudahnya, aku bawak juga dia. Pakaikan baju dua lapis, siap berlengan panjang. Dia pulak riang-ria je, ingat nak gi jalan.. tak tau ko nak, kat luar tu gelap gelita lagi!

Keluar rumah, dia nampak bintang2 kat langit...

'waa...ada star! Look mommy..star!!'

Kagum sangat dia dengan star..

Dekat pasar, berdukung la, kan..nasib baik lah nak dukung dengan ayah.. 

Through the end, dah letih agaknya..mula merengek.. nak mommy dukung.. 

Ok la..nak balik dah kan.

Dalam kereta dia dah menung...mengantuk la tu... 
Hampir sampai rumah dia terlelap..betul2 dekat traffic light nak masuk ke rumah..

Sampai depan pagar, dia terjaga..mula menangis, tak nak balik!

Aduss..

Menangis2 dalam kereta..nak pergi jalan! nak pergi jalan! 
Sampai duduk kat tempat kaki..

Ok, kasi chance, kita round kedai kat area rumah ni je lah..

Belikan roti bun seketul, dah jom balik!

Sampai je kat rumah, menangis balik..nak gi jalan!

Bawa je dia keluar kereta, dia berlari masuk bawah porch, duduk hentak2 kaki..
Aku pujuk2..taknak..dia bangun, pergi ke luar, tuju kereta.. 
Aku ikut...dia lari lagi.. dah macam main polis sentri pulak..hahah!

Tuu dia...sayup2 di balik tiang..


Kesian...kelakar pun ada...mesti dia ingat nak gi jalan tgk elephant lagi kot..sebab baju yang dia pakai tu baju gi zoo hari tu..(dah basuh okey!)






Saturday, 8 November 2014

Alamak! Jerawat!

Nak kulit cantik, tak cukup dengan guna produk penjagaan kulit yang mahal2 atau produk yang guna duta cun. Badan yang sihat juga membantu kulit yang cantik. Pemakanan yang seimbang pun main peranan juga. Bila badan sihat, kulit pun sihat la juga. 

Hormon yang stabil juga penting untuk kulit yang cantik. Biasanya kalau cerita pasal kulit cantik, mestilah pada muka kan. 


Photo credit to Health.Org


Hormon yang tak stabil menjadi salah satu punca jerawat berkembang-biak. Remaja ialah golongan yang paling banyak mengalami masalah ketidakseimbangan hormon ni, maklumlah, nak membesar kan. Tapi, orang dewasa juga tak terkecuali, ye. 

Pertumbuhan jerawat berpunca dari pengeluaran hormon androgen yang menghasilkan sebum yang akhirnya terkumpul dan menyumbat liang roma. Ini mengakibatkan sel kulit mati dan liang roma dijangkiti bakteria.

Golongan dewasa, terutama wanita akan mengalami gangguan hormon bila:

1. PMS
2. Pra-menopause dan post menopause
3. Hamil

Bagaimana GLA Complex membantu dalam menstabilkan hormon?





1. Mengandungi Gamma Linolic Acid, sejenis fatty acid Omega 6 yang berfungsi menstabilkan hormon.
2. Membantu menurunkan trigliceride, iaitu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Apa lagi manfaat yang terdapat dalam GLA Complex

1. Mengandungi Vitamin E yang membantu menghilangkan parut dan jeragat serta melambatkan proses penuaan.
2. Membantu mengatur kitaran haid
3. Membantu menangani ekzema

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny


Dos Vitamin C Yang Di Perlukan

Kongsi sikit pasal vitamin C

Vitamin C atau ascorbic acid adalah penting dalam pencegahan dan merawat selsema. 
Pada zaman dahulu, vitamin C digunakan untuk mencegah penyakit scurvi dikalangan pelayar. Pada masa itu, vitamin C didapati melalui sayuran dan buah-buahan, jadi bila mereka belayar terlalu lama dan bekalan buah-buahan menyusut, penyakit scurvi pun datang menyerang.

Skurvi menyebabkan sendi dan otot terasa sakit, keletihan, otot terasa lemah, ruam pada kaki dan juga gusi berdarah.



Sumber utama vitamin C yang paling bagus adalah buah-buah sitrus segar dan juga sayuran.
Berapa banyak buah sitrus segar yang diperlukan untuk mencukupkan dos harian kita eh?

Jus oren segar yang diperah adalah lebih baik dari jus oren yang di beli dari pasaraya. of course, semua orang tau tu, kan. Jus yang segar perlu di minum dalam masa satu minggu untuk dapat semua khasiatnya. Lebih dari seminggu, khasiat dah tak dak.

Dos vitamin C yang terdapat dalam buah/sayuran

Menurut World Health Organisation (WHO), 400g buah dan sayuran setiap hari atau 5 hidangan sehari, seperti yang dicadangkan oleh kebanyakan negara hanya memberi 20-30mg Vitamin C.


Cadangan keperluan Vitamin C oleh beberapa negara yang berlainan

Berapa miligram Vitamin C yang terdapat dalam Vitamin C Shaklee?


Satu tablet=500mg = 7.5 biji buah oren!

Dah lebih dari cukup.. Oh..dos pengambilan vitamin C disarankan tidak melebihi 2000mg setiap hari ye.


Sumber:

1. http://www.webmd.com/vitamins-supplements/ingredientmono-1001-vitamin%20c%20(ascorbic%20acid).aspx?activeingredientid=1001&activeingredientname=vitamin%20c%20(ascorbic%20acid)

2. http://www.your-antioxidant-guide.com/vitamin-c-dosage.html

*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.


COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny
Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget