MENGAPA SHAKLEE?

1. Produk Shaklee adalah berasaskan bahan semulajadi yang tulen dan bebas dari bahan pengawet, perasa dan pewarna tiruan.

2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM

Saturday, 8 November 2014

Dari Nokia ke Samsung...

Budak-budak...

Memang selalu tiru apa yang orang dewasa buat...

Jadi, jaga kelakuan/percakapan bila depan anak-anak..eh..bukan depan anak-anak je.. bila-bila masa pun..

Kisah telefon..



Telefon pertama masa umur Lil' Bunny setahun - beli di Tesco, harga RM 12.90
Kalau handphone sebenar, ala-ala nokia model lama yang besar gedabak la..
Fungsi: lagu2, ada sora sebut 1 hingga 0

Telefon kedua, beli masa Hari Raya Haji baru2 ni.. kat Mydin. Harga RM 10. Beli sebab sementara ayah cari kopiah, si kecik dah aim satu doll. Jadi, cepat2 la sambar handphone yang ni dari dia ambil doll yang bakal jadi OKU dalam masa sehari-dua. (Kalau tak hilang tangan, patah kaki). 

Kalau handphone sebenar, model yang ni boleh di samakan dengan Ericsson T-10 la..main flip2.
Fungsi: lagu2 sahaja..lagu yang sama sampai terngiang2 di telinga.. haish!

Telefon ketiga, beli bulan lepas di...Kedai RM 2. Harga, mestilah dua ringgit, kan..
Ala-ala telefon samsung la, dengan gambar macam-macam apps..

Yang bestnya..si Lil'Bunny tengah dok main masak-masak, tiba2 dia lari ambil telefon ni..
'Eh, nak main fesbuk kejap la'..

Ternganga ammak dengar, hoke.

Bijak..bijak bebudak sekarang ni...








Cobaan..!!

Orang kata, orang yang bertunang ni darahnya manis, macam2 dugaan dan cubaan yang akan datang sepanjang tempoh bertunang.

Tak tau la apa kaitan darah manis dengan dugaan tu..

Tapi, nampaknya bukan orang yang bertunang tu je yang di duga..bapak orang bertunang pun kena duga ni...memang cobaan betul!

Ni hah, Ahad lepas, masa aku syiok2 kat Taiping, papa antar gambar..




'Alamak!!Jatuh..tok buat' Kata Lil'Bunny

Tu dia..tembok batu rumah kitorang tumbang. Bukan runtuh, tapi tumbang.  Malam sebelumnya hujan lebat, tanah runtuh kecil-kecilan kekdahnya..





Dahla beberapa minggu lagi nak buat majlis kenduri kahwin adik. Papa pulak baru je selesai mengecat rumah..datang pula kerja lain.. 






Friday, 7 November 2014

Tengok! Ini Kandungan Omega Guard Shaklee..

Saja nak share..

Ni kandungan dalam OMEGA GUARD Shaklee..


Tak banyak pun bahannya..

Minyak ikan ni di isi dalam soft gel yang dibuat dari bovine gelatine, supaya senang nak telan.


Oh, Bovine tu dari lembu ye, jangan ingat si oink! oink! pulak.

Kalau oink! oink! tu dipanggil Porcine.



COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375

FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny




Sale buat aku sakit!

Hari ni lunch sensorang lagi..takde geng, hari Jumaat lak, kalo tak boleh ajak DZ berdating.

Oklah, dah sorang tu, gi makan jauh sikit la, boleh shopping sekali...semalam pun makan kat sini gak. Tapi hari ni sebab ada misi..ya..misi nak cari bedding accessories untuk adik yang nak kahwin tak lama lagi.

Sambil-sambil belek cadar, (memang suka sangat dengan cadar, tah kenapa lah agaknya). Ingat nak beli..tapi bila tengok harga, tiba-tiba rasa sakit hati! 
Sakit sesangat sebab ada sale, 70% !! Sakit hati sangat bila harga sebelum sale dah dinaikkan dulu siap2! Lepas tolak diskaun, dapatlah harga asal, yang nampak macam, wah!! murahnya. Padahal..

Ala...ko ni pandai2 je la...

Takla..aku tau la..sebab aku rajin sgt melawat shopping mall. Time sale ke, tidak ke, ada je muka aku kat situ.. 

Lagi satu, pikir logik sendiri la.. takkan cadar cotton biasa gambar bunga2 cinta harga sampai RM 215? Tak logik kan? Sebab harga gitu ko dah boleh dapat cadar standed kilat2 kain mahal kat Aussino! Takpun comforter set sedebuk!

Tu belum lagi korang tengok baju budak, baju tido standed harga RM 15 pun di letak RM 30, lepas tu tampal tag 50% diskaun. Maka mak2 pun berbondong2 lah membeli... Murah noks!

Tak tau la berapa ramai yang sedar dengan keadaan ni..

Oh..sudahnya, tak jadi pun beli cadar, tunggu lepas sale la..takde la sakit hati sangat sebab price cadar tu dah kembali ke harga asal, RM 64.50!

Tak caya? Korang gi mana2 shopping mall, tengok dan bandingkan harga sebelum & selepas sale. Have Fun!

**Tapi aku tak kata semua yang dalam 'sale' tu menipu... sesetengah barang je..




Betul ke tidak??


Bila baca testimoni, ada yang kata..

1 : ' Eleh, sendiri guna, sendiri bagi testimoni' - Bias! Tak adil!

2 : ' Kebanyakkan yang bagi testimoni tu pengedar, mestilah bagi testimoni yang best2 je' -        Bias! Tak adil!

3 : ' Tipu je tu, semua nak untung' 

Cukuplah tiga contoh.

Ok, Jom kita tengok 

No. 1 : Eleh, sendiri guna, sendiri bagi testimoni' 

Kalau tak guna sendiri, mana nak tau produk tu berkesan ke tidak, betul tak? 
Bila dah guna sendiri, baru lah nampak perubahan pada diri sendiri kan?
Takkan nak cakap, eh, Vitamin C ni bagus, tapi sebijik pun tak pernah makan sebab diri sendiri takut telan pil! - Itu dah semacam menipu. 

Maaflah, kalau saya tak pernah ambil, saya akan cakap terus terang yang saya tak pernah cuba pun produk ni, sekadar kongsi dari pengalaman orang yang cuba.

No. 2: ' Kebanyakkan yang bagi testimoni tu pengedar, mestilah bagi testimoni yang best2 je'

Eh.. yang jadi pengedar ni pun asalnya pengguna juga lah.

Bila dah guna, dah rasa perbezaan, baru la join jadi member. Sebab, boleh dapat macam2 keistimewaan, kan. Antaranya, harga yang jauh lebih murah dan cash rebate! 

Tapi tengoklah jugak,kan...kalau bagi testimoni untuk kulit cantik, janganlah ambil gambar guna apps, 360 ke, photo editor ke...sedangkan real live kulit ko berjerawat batu besar2 ibu jari. Yang tu menipu la! Tak baik tipu2, tak berkat duit ko noks!


Tu yang jadi kes no. 1!

No. 3: ' Tipu je tu, semua nak untung' 

Korang dah cuba? Belum..

Meh cuba dulu, baru tau tipu ke tidak..amboiii...sesedap mulut je cakap ye!




COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny



Thursday, 6 November 2014

Kepentingan Zink

Bila sebut 'zink' je, mesti ada yang terbayang atap bumbung rumah, kan? Yes, zink itu sejenis logam. Takkan nak makan logam kot? 

Zink adalah mineral yang diperlukan oleh tubuh dalam jumlah yang sedikit. Zink digunakan dalam rawatan dan juga sebagai immune booster, mencegah selsema, mempercepatkan penyembuhan luka, rawatan untuk jangkitan telinga dan juga penyakit akibat parasit. 

Kekurangan zink menyebabkan:

* Kulit kurang anjal dan fleksibility, menyebabkan 'stretch mark' pada wanita yang mengandung.

* Kuku mudah patah

* Rambut mudah gugur/ pertumbuhan tidak sihat

* Keradangan pada gusi

* Luka lambat sembuh

* Masalah kepada sistem reproduksi wanita & lelaki



Zink boleh didapati melalui pelbagai sumber makanan seperti dalam jadual di bawah.




*Segala testimoni mengenai produk bukan bertujuan untuk merawat/menyembuhkan/mencegah apa jua penyakit.Mereka yang mengalami masalah kesihatan dikehendaki merujuk pada pakar perubatan terlebih dahulu.

COD: Simpang Pulai, Gopeng, Station 18, Ipoh Town, Bandar Meru Raya, Jelapang
Penghantaran Melalui Pos Ke Seluruh Malaysia

SMS/CALL: 012 - 505 7375
FB Page: Lil’Bunny Services

**Jom jaga alam sekitar dengan  'Cloth Diapers' di Mum's Lil Bunny

Family Outing: A Day To Remember

Sambung lagi kisah hang-out kat Taiping ri tu..

Sebelum bertolak, memang dah plan, nak picnic  kat Taman Tasik Taiping..Siap2 bawa tikar dari rumah. Makan? kita tapau je la..hihi..

Bangun je dari tido, si Lil' Bunny terus duduk, 

'Eh..elephant dah bangun ke? Yang! Yang! Bangunla..elephant dah bangunla..'

*Yang tu dia panggil ayah dia..saja suka-suki dia nak panggil apa.

Siap2 mandi, packing barang semua, terus check-out. Tak tau nak breakfast apa, tengok jam dah 11.30 pagi..Lunch terus la..




Singgah KFC, tapau ayam dalam seketul dua..terus shoot ke Taman Tasik  Taiping.


Rehat-rehat, makan-makan sambil tengok couple2 photoshoot untuk wedding. 

Si Lil' Bunny pun tak lepas peluang, nak juga jadi photographer.. 
Tengokla tu..beriya je pegang kamera.



Lepas tu, terus gerak ke Zoo Taiping.. Ho yeah! ho yeah! Mommy pun esaited hoke..!


Tak dapat lama pun kat dalam zoo, tiba-tiba hujan.. Taiping kan memang famous dengan hujan tak tentu masa ni. Nasib baik sebelum tu dah round naik tren kecik tu. 


Don't Forget To Join US Our Community
×
bloggerWidget