Kelmarin, bawa Lil'Bunny check-up mata.
Alhamdulillah, infection di kelopak bawah mata dah baik.
Lama juga kes mata dia ni. Dari sebelum puasa tahun lepas. Maknanya dah lebih 6 bulan!
Mulanya, kami ingat ketumbit kat kelopak mata atas.
Tapi tak surut2 juga benjolan kecil tu, walaupun dah titis ubat mata dari klinik.
Sudahnya, bawa pergi jumpa doktor pakar mata, katanya infection kuman yang masuk dari pori bulu mata. Mungkin terjadi bila dia gosok2 mata. Oh, camtu..
Bila kelopak mata atas dah sembuh, berjangkit ke bahagian bawah pula.
Dugaan betul. Setiap 3-4 minggu berulang buat check-up.
Tapi tak sakit, tak gatal. Cuma kita yang tengok je yang rasa tension, tambah bila orang asyik tanya, kenapa? Kenapa? Kenapa?
Letih nak jawablah.
Syukur, cuma infection sikit, bukan kanser atau apa2 yang perlukan surgeri.
Phew!
Selesai kat hospital, dah tengah hari, so terus pergi lunch.
Jadi Italian sekejap, makan pizza la.. pizza hut je pon.
Teringat masa 1st time bawa si Lil' Bunny kat restoran pizza yang sama.. masa tu dia baru 4 bulan. Masih tergolek-golek lagi.
Sekarang...
Dah pandai suap sendiri (tapi selalunya nak amma yang suap).
How time flies....
Pengedar Shaklee Simpang Pulai, Ipoh, Gunung Rapat, Gopeng, Silibin. Cloth Diapers Qaseh Homestay
MENGAPA SHAKLEE?
2. Setiap bahan diuji dengan kawalan kualiti yang keta berbanding pengeluar yang lain.
3. Setiap ramuan botanikal juga diuji oleh pihak ketiga.
4. Setiap produk mengandungi ramuan aktif yang tepat untuk kesihatan yang optimum secara konsisten.
5. Produk Shaklee terserlah di seluruh dunia dengan membantu para atlet dan angkasawan NASA.
6. Disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICES OF AMERICA, sebuah badan yang diiktiraf olehJAKIM
Monday, 12 January 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment